25 July 2009

Selamat Pengatin Baru!!

Assalamualaikum w.b.t

Agaknya masih tidak terlewat saya ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada sahabat baik saya, Ahmad Fikri b Morshidi yang baru melansungkan perkahwinan dengan saudari Izaidah. Rasa macam tak percaya yang rakan sebilik saya sewaktu di UIA PJ dahulu sudahpun mendirikan rumahtangganya sendiri.

Tahniah kepada Fikri, semoga jihad dan dakwah enta lebih mantap setelah berjaya mendirikan Baitul Muslim ini. Perkahwinan yang kita fahami bukanlah sekadar 'kahwin', tetapi lebih besar dari itu.

Semoga juga dari lahirnya pejuang-pejuang dan pendokong Islam daripada keturunan enta.

Maaf, saya tiada koleksi gambar perkahwinannya kerana saya sendiri tidak dapat hadir ke majlis Walimah Fikri atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Maaf ye Fikri...hee..

Dan kepada remaja di luar sana, ketahuilah kenikmatan bercinta selepas berkahwin amat-amatlah lebih menyeronokkan berbanding cinta palsu sebelum perkahwinan(saya tiada pengalaman, dengar-dengar orang sahaja).


Pengatin baru(kiri),Fikri di majlis Walimah pengantin yang dah tak berapa baru(kanan), Baim
Di antara keduanya pula pengatin yang tak pernahnya baru-baru.

~Jangan ditanya soalan provokasi kepada saya. . Yang faham, fahamlah...

Wassalam. .

Comments
1 Comments
Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP