15 January 2012

Penulis Jemputan

Sebagai manusia, masing-masing mempunyai idea dan pandangan tersendiri dalam melihat sesuatu perkara. Ada yang akan melihat perkara 'A' sebagai perkara 'A', ada juga yang akan melihatnya daripada perspektif yang berbeza. Ada yang akan nampak macam 'B', dan ada juga yang akan nampak sebagai 'X'.

Oleh sebab itu, manusia pasti akan mempunyai perbezaan pemikiran. Perbezaan dalam pemikiran ini boleh dipengaruhi oleh pelbagai sebab seperti kawan sekeliling, kawasan membesar dan lain-lain lagi.

Jadi, atas dasar meraikan setiap perbezaan pandangan yang bertetapan dengan syariat dan menjana kepada pembangunan ummah, slot Penulis Jemputan dibawa ke blog ini, untuk berkongsi pandangan-pandangan daripada 'minda-minda' si pemerhati yang lain.

Tulisan-tulisan mereka di blog ini merupakan tulisan asli, yang tidak diapaparkan lagi di laman web yang lain. Ini merupakan idea mereka untuk berkongsi pandangan di blog ini, dan seterusnya dapat menyampaikan pandangan mereka.

Penulis-penulis jemputan ini akan berkongsi pandangan-pandangan mereka daripada sudut padangan mereka. Dan insyaAllah, kesemuanya demi untuk membawa mesej pengislahan kepada manusia sejagat.

InsyaAllah, lepas memerhati, ayuh kita beramal! =)

Penulis Jemputan :
1. Mohd Eqwan b Mohd Roslan
2. Muslim b Abdullah Zaik

Comments
1 Comments

1 komen:

Muttallif 08 July, 2012 10:00  

Apakah syarat untuk menjadi penulis jemputan di blog anda?

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP