Navigation


RSS : Articles / Comments


HAMAS : Kejayaan dan Pengajaran

16.12.09, Posted by Encik Penulis, No Comment

Assalamualaikum w.b.t.

"Kami tidak akan pernah melepaskan wilayah Palestin dari sungai sampai ke laut,"
"Tidak cukup bagi Hamas hanya membebaskan Gaza, atau hanya untuk mendirikan sebuah emirat di Gaza, ataupun negara, maupun entitas independen ... Hamas berusaha untuk membebaskan semua wilayah Palestin!"

Ismael Haniya,pemimpin HAMAS.

"Dalam 22 tahun sejak didirikan, Hamas telah mampu mewujudkan sebahagian besar dari tujuannya dan untuk mengatasi setiap rintangan yang telah dihadapi, dari mulai dipenjara, pembuangan, pembunuhan dan sampai ke pemilihan umum."
"Pemahaman kami tentang perlawanan adalah total, dan tidak terbatas pada konflik bersenjata."

Mahmud Zahar,pemimpin senior HAMAS.

Ini merupakan petikan kata-kata pemimpin-pemimpin HAMAS semasa sambutan ulangtahun ke 22 penubuhan Harakatul Muqawwamatil Islamiah atau lebih dikenali sebagai HAMAS pada 14 Disember yang lalu.

Jika kita suruti perjalanan HAMAS daripada sebuah gerakan intifadha menjadi pemerintah di wilayah Gaza, terlalu banyak pengajaran-pengajaran yang boleh kita ambil dan ikuti dalam usaha untuk memartabatkan Islam di bumi Malaysia ini.

HAMAS bermula dengan gerakan bawah tanah menentang pencerobohan Israel ke atas tanah Palestin. Terlalu banyak jasa dan pengorbanan HAMAS kepada rakyat Palestin terutamanya di Gaza sebelum menceburkan diri ke kancah politik di Palestin. Sekolah, klinik, pengajian, pelajaran, bahkan universiti telah dibuka oleh HAMAS untuk keselesaan masyarakat Palsetin sebelum menceburkan diri ke dalam pilihanraya.

Ini antara faktor-faktor utama mengapa rakyat Gaza masih menyokong kuat kekuasaan HAMAS walaupun ditekan dengan sekatan ekonomi, kecaman dunia bahkan serangan daripada tentera Isreal yang membabi buta. Rakyat Gaza begitu memahami erti perjuangan. Dengan mudah mereka boleh membuka pintu sempadan, menghapuskan sekatan ekonomi dan menghalang serangan Israel - dengan cara tidak mengundi HAMAS. Namun atas dasar kepercayaan yang kukuh dan kefahaman yang padu terhadap perjuangan HAMAS membebaskan Palestin, mereka sanggup hidup dalam tekanan.

Ini adalah contoh terbaik yang boleh kita ambil dalam konteks negara kita, betapa kefahaman dan kepercayaan amat penting sebelum pergi lebih jauh. Walaupun mempunyai barisan kepimpinan yang mantap, namun yang paling penting adalah kefahaman seluruh rakyat dan masyarakat. Bukannya hanya mengundi pabila disogok dengan wang, pabila ada sesuatu isu berbangkit ataupun secara membabi buta tanpa melihat kredibiliti 0rang yang diundi tersebut. Seperti HAMAS, segalanya bermula dengan kesedaran dan tarbiyyah. Bagitulah juga perlunya kesedaran dan tarbiyyah di Malaysia sebelum melangkah lebih jauh ke hadapan.

Perjalanan kita masih jauh, apakah kita hendak mengumpulkan hati-hati yang kosong??

Tarbiyyah bukan segalanya, tetepi segalanya bermula dengan tarbiyyah..

Berikut adalah serba sedikit gambar keraian ulangtahun ke22 HAMAS :






















~Kecewa dengan politik bermusim di Malaysia.

Wassalam. .

Just Read???

10.12.09, Posted by Encik Penulis, One Comment

Assalamualaikum w.b.t.

Meh la lepak starbucks, lyan mcD dan gunakan lg produk2 Yahudi kalau nk tgk MUSLIM kene hina sebegini..




Rabu lalu (02/12) TV 2 Israel menayangkan potongan rakaman aksi biadab seorang pemukim Yahudi yang menggilis seorang pemuda Palestin dengan kereta berulang kali, sebelum akhirnya kereta tersebut berhenti tepat di atas pemuda itu. Teriakan kesakitan pemuda Palestin itu membuatkan rakaman itu semakin mengiris hati yang melihatnya. Aksi keji ini terjadi di Hebron, sebelah selatan Tebing Barat, Palestin.

Kejadian ini terjadi di depan mata pihak polis Israel, para aktivis Bintang David Merah yang mengurus ambulan, dan para hadirin lainnya. Laman Infopalestin berbahasa Arab menyiarkan, bahawa salah seorang di antara mereka meneriakkan kalimat dengan bahasa Ibrani yang ertinya, "Gilis dia!" Sedangkan sebahagian yang lain berusaha untuk menjauhkan kamera yang ada untuk menutupi aksi keji ini dari media.

Mahasiswa yang teraniaya tersebut bernama Wasim Usamah Maswadah (21). Ia seorang mahasiswa Universitai Jordan, bidang pengurusan. Polis Israel menuduhnya telah melakukan serangan terhadap dua orang Yahudi di pemukiman Kiryat Arba di Hebron.

Walau status Wasim masih tertuduh, polis Israel telah menembaknya 6 kali; 4 peluru bersarang di perutnya dan 2 lagi di paha kanannya. Setelah itu, pemukim Yahudi yang memiliki hubungan dengan dua orang pemukim Yahudi yang diserang tersebut, menggilas Wasim dengan kereta berulang kali.

Laman Aljazeera.net dan sumber lainnya menginformasikan, bahawa setelah kejadian itu Wasim Usmah dalam keadaan yang sangat kritis dengan luka yang sangat parah. Namun dia masih hidup.

Setelah kejadian itu, Wasim meringkuk di rumah sakit Hadasa Ain Karim, di kota Al-Quds. Ia dijaga ketat oleh tentara penjajah. Sedangkan keluarganya sama sekali tidak diberi izin untuk menjenguk.

Di pihak lain, pemukim yang melindas Wasim hanya diinterogasi sejenak oleh pihak kepolisian, dan kemudian ia dibebaskan. Saat ini pelaku tinggal nyaman bersama keluarga dan anak-anaknya. Sedangkan penjajah Zionis belum mengambil sikap, apakah akan menghakiminya, atau akan memposisikan kes ini sebagai aksi "membela diri."

Kriminalitas Berulang yang Disokong Pemerintah Zionis

Ketua Badan Islam Kristian untuk Menyelamatkan Al-Quds dan Kesucian Syekh Taisir Rajab Al-Tamimi mengecam aksi keji ini. Beliau mengatakan, "Ini adalah kriminal biadab yang jarang terjadi dalam sejarah. Ini tidak mungkin terjadi kebetulan, tapi kekejian demi kekejian itu terjadi secara terencana, sebagai aplikasi setiap kata dari fatwa pendeta Yahudi radikal, yang menyeru untuk membunuh setiap warga Palestin dan orang Arab."

Syekh Taisir juga mengisyaratkan, bahawa telah terjadi lebih dari 600 kali tindak kriminal pembunuhan yang dilakukan pemukim Yahudi terhadap orang-orang Palestin. Kes-kes itu tidak dibawa kemahkamah kecuali 20 kasus pembunuhan. Hukuman terberat yang dijatuhkan kepada para kriminal itu hanya 6 bulan penjara, itupun eksekusinya tidak dilaksanakan!

Peristiwa Lama Berita Baru

Peristiwa keji ini sebenarnya telah terjadi pada 25 Oktober 2009. Namun baru hari Rabu petang lalu ditayangkan di TV 2 Israel. Awalnya, autiroti penjajah Israel melarang penyebaran rakaman video ini.

Koresponden Aljazeera di Al-Quds, Ilyas Kiram, mengatakan, "Ditayangkannya video ini oleh TV 2 Israel boleh jadi kerana dua motif, pertama, adanya persaingan media antara TV 2 dan TV 10 Israel. Kedua, Israel berusaha menciptakan penyeimbangan berita aksi keji memalukan yang terjadi di depan polis dan awak ambulan."

Usaha Menuntut Hak

Kepada koresponden Aljazeera, Ayah dari Wasim yang bernama Usamah mengatakan, bahawa dia tidak akan berhenti untuk menuntut hak anaknya. Ia akan mengajukan kasus ini ke mahkamah manapun dengan cara apapun.

Usamah sempat mengatakan, bahwa ia tidak mampu mengungkapkan apa yang terjadi pada anaknya, tidak diwakili oleh kata biadab dan keji. Ia tidak mampu mengungkapkannya, karena yang terjadi sangatlah menyakitkan. Hingga kini, ia tidak tahu bagaimana keadaan anaknya.

Hari Khamis lalu (03/12) Menteri Informasi Palestin di Gaza mengatakan, "Kejadian ini merupakan jenayah perang baru, yang menambah panjangnya silsilah kejahatan perang dan penjajahan yang dilakukan Israel."

Di hari yang sama, Menteri Kebudayaan Palestin di Gaza meminta seluruh media menginformasikan kejahatan ini, untuk menguak silsilah kebiadaban penjajah Zionis Israel.

sumber : satuumat.blogspot.com

~blog ini semakin usang hari ke hari..Eqwan, adakah jejak langkahmu akan kuturuti???

Wassalam . .

Khas untuk BELIA!!!

2.12.09, Posted by Encik Penulis, No Comment

Assalmualaikum w.b.t.


dan



~Tak mampu berkata-kata(malas menulis,mood cuti)...
Wassalam. .

Di Kala Itu

6.11.09, Posted by Encik Penulis, 2 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Di kala
pemuda Mekah lain sibuk berfoya-foya,
Mus'ab b Umair sudah mengetuk pintu-pintu menyebarkan dakwah di kota Madinah..

Di kala pemuda lain sibuk dengan kelalaian,
Ali B Abi Talib sudah menjadi wira handalan Islam menentang musuh..

Di kala orang lain lalai dengan kesibukan pada dunia,
Salman al-Farisy sudah meneroka mencari agama sejati..

Di kala tentera Quraisy yakin dengan kemenangan di Badar,
Tentera Islam sudah sedia dengan syahid atau kejayaan..

Di kala dunia masih ditutup dengan kegelapan,
Seluruh Jazirah Arab sudah mencapai cahaya keimanan..

Di kala Parsi dan Rom angkuh dengan kekuasaan mereka,
Umat Islam sudah bergeak menyebarkan Islam seluas-luasnya..

Di kala Sepanyol masih hidup dalam kekejaman,
Tariq b Ziad sudah sedia membebaskannya..

Di kala
lautan di anggap amat menakutkan,
Ibnu Battuta sudah mengelilinganya ke seluruh dunia..

Di kala pembesar Eropah baru hendak belajar menulis namanya sendiri,
Khalifah Islam sudah sibuk mengkaji kitab falsafah tamadun Yunani dan Parsi..

Di kala kota London dan Paris masih suram kekampungan,
Kot Baghdad, Cordova, Damsyik sudah dilimpahi cahaya kemajuan..

Di kala masyarakat Barat masih menolak ilmu sains,
Ilmuan Islam sudah menghasil beratus-ratus jilid buku berkaitan sains..

Di kala bahasa Inggeris baru direka sekitar tahun 1300M dahulu,
Pelbagai buku dari bermacam bahasa sudah diterjemah ke dalam bahasa Arab..

Di kala Rom masih menggunakan pedang dan panah,
Sultan Muhammad al-Fateh sudah menggerakkan meriamnya ke kota Istanbul..

Di kala itu...


Kini???

Di kala remaja Islam leka dengan muzik melampau-lampau,
Yahudi laknat ketawa berdekah-dekah kerana berjaya melekakannya..

Di kala remaja Islam menagung-agungkan Barat dalam kehidupan mereka,
Barat sibuk merancang langkah seterusnya menjauhkan mereka dari Islam..

Di kala remaja sibuk dengan dunia cintan-cintunnya,
Musuh Islam sibuk merencanakan aktiviti terbaru untuk pasangan berkasih ini..

Oh.. Tidakkah kita sedar siapakah kita sebelum ini?? Tidakkah kita ingat yang dahulu mereka amat bergantung kepada kita?? Tidakkah kita ingat yang dahulu kita menguasai dunia??!!!

Ayuh!!
Ubahlah pandangan kita..Sejarah bukan sekadar kisah kenangan yang diulang-ulang.. Namun sejarahlah yang mampu merubah manusia mencipta sejarah baru di masa hadapan..

~Layan sikit lagu ni, bagi semgat betul..huh..

ADAKAH KAU LUPA
Alarm Me

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah


Wassalam . .

Khaibar oh Khaibar...

18.10.09, Posted by Encik Penulis, 2 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

"Khaibar Khaibar Ya Yahud!!"
"Jaisyu Muhammad Saufa Ya'ud!!"


Ramai di antara kita yang terpekik-pekik melaungkan kata-kata semangat di atas setiap kali adanya demonstrasi mahupun rapat umum membantah kekejaman Israel Laknatullah. Tidak dinafikan adanya di antara kita yang tidak faham pun makna kata-kata di atas. Apatah lagi yang tidak tahu apa pun tentang maksud disebalik laungan di atas.

Sebelum berceloteh lanjut, suka saya kongsikan maksud laungan keramat di atas untuk mereka yang tidak mengerti..

"Khaibar Khaibar Ya Yahudi!!"

"Tentera Muhammad pasti kembali!!"

Apakah kenemengenanya Yahudi dengan Khaibar?? Apatah lagi dengan tentera Nabi Muhammad SAW??

Secara ringkasnya kota Khaibar merupakan kota terakhir kaum Yahudi di tanah Arab yang belum berada di bawah kekuasaan Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW. Selepas termeterainya Perjanjian Hudaibiah antara umat Islam dan kaun Quraisy, Islam telah memasuki satu era baru iaitu era kebebasa berdakwah. Ini disebabkan salah satu daripada syarat perjanjian Hudaibiah yang memberi peluang kepada penduduk pada ketika itu untuk memilih mana-mana agama yang disukainya. Hal ini memberi peluang yang besar kepada umat Islam untuk menyebarkan Islam ke seluruh tempat.

Era kebebasan berdakwah ini dibahagi kepada dua fasa, iaitu fasa pertama penyebaran Islam kepada negara-negara lain melalui pengutusan surat kepada kerajaan Mesir, Rom, Parsi dan lain-lain lagi. Dan yang keduanya adalah aktiviti ketenteraan iaitu membersihkan ancaman-ancaman yang berda di sekitar Madinah iaitu menyerang Khaibar.

Pengenalan Khaibar

Khaibar merupakan kota terakhir kaum Yahudi yang amat besar dan kuat dan berada di bahagian utara kota Madinah. Khaibar merupakan tempat berkumpulnya semua jenis kaum Yahudi yang dihalau dari kota Madinah sebelum ini seperti Bani Nadhir, Bani Quraizah dan lain lagi. Khaibar mempunyai kubu-kubu besar dan pertahanan yang kuat serta utuh. Khaibar dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian pertama yang mempunyai lima kubu dan bahagian kedua yang mempunyai dua buah kubu.

Walaupun kedudukan Khaibar yang berada di utara kota Madinah memudahkan tentera Islam memasukinya dari arah selatan Khaibar, namun Rasulullah SAW telah memilih untuk memasuki Khaibar dari arah utara yang melalui bukit-bukau. Ini merupakan srategi Rasulullas SAW yang ingin mengepung kaum Yahudi dari lari ke Syam yang terletak di utara Khaibar. Jika penduduk Khaibar melarikan diri ke arah selatan, mereka akan dikepung oleh umat Islam yang berada di kota Madinah.

Road to Khaybar

Semasa dalam perjalanan, Rasululah SAW telah melantik dua orang penunjuk jalan untuk menunjukkan jalan menuju ke Khaibar dari arah utara. Bukan sebarang orang yang mengetahui jalan memasuki Khaiabra dari arah utara tambah-tambahan melalui kawasan bukit-bukau yang terdapat di situ.

Terdapat beberapa kejadian yang berlaku dalam perjalanan tentera Islam menuju ke Khaibar yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

Yang pertama adalah pabila Salamah b al-Aqwa meminta saudaranya Amir b al-Aqwa untuk bersyair. Lalu Amir b al-Aqwa pun bersyairlah dengan memberi semangat jihad kepada saudarnya itu. Pabila Rasulullah SAW mendengar Amir b al-Aqwa bersyair, Baginda berdoa agar Allah SWt merahmati Amir b al-Aqwa. Sahabat-sahabat yang mendengar sabda Rasulullah SAW tersebut lantas mengucapkan tahniah kepada Amir b al-Aqwa kerana mereka tahu jiak Rasulullah SAW mendoakan kerahmatan kepada seseorang, beliau akan syahid dalam medan peperangan.

Yang kedua adalah pada ketika tentera Islam sampai ke satu bukit yang membolehkan mereka melihat Khaibar, lantas menimbulkan rasa semangat kepada mereka. Lalu merakapun bertakbir dan bertahmid sekuat hatinya. Lalu Rasulullah SAW meminta mereka agar tidak bertakbir terlalu kuat kerana Allah SWT itu Maha Mendengar.

Dan yang ketiga adalah ketika Rasulullah SAW meminta sahabat membawa bekalan makanan yang ada lalu sahabat membawa roti yang sedikit jumlahnya. Lalu Rasulullah SAW menguli roti tersebut dan roti tersebut menjadi banyak dan boleh dimakan oleh semua tentera Islam.

Ini adalah muqadimah awal tentang kisah peperangan Khaibar. Terdapat banyak peristiwa menarik yang berlaku semasa peperangan Khaibar yang perlu diketahui oleh kita semua. Antaranya ialah kehebatan Ali b Aabu Talib berlawan dengan panglima-panglima Yahudi yang menjaga setipa kubu di Khaibar, harta rampasan yang amatlah banyak yang berjaya diraih oleh umat Islam dan lain-lain lagi.

Untuk sambungan jalan cerita ini, marilah sama-sama kita hadir ke Kuliah Sirah yang berlansung di LT 2, Bangunan Ekonomi, UIAM pada hari Selasa ini jam 8.00malam. Dan untuk mereka yang berada jauh dan tak mampu untuk datang, bolehlah mendengar rakaman audionya yang boleh didapati di laman web rasmi Kuliah Sirah, kuliahsirah.wordpress.com ataupun tunggu sahaja update daripada saya tentang perperangan Khaibar(tu pun kalau saya rajin..hee).

Dah faham tu, bolehlah jerit semangat-semangat sikit..

"KHAIBAR KHAIBAR YA YAHUD!!"
"JAISYU MUHAMMAD SAUFA YA'UD"

~Promo Kuliah Sirah sikit..

Wassalam . .

Kamal Aqili, KLIA, Jamuan Raya dan Kompleks PKNS

10.10.09, Posted by Encik Penulis, 5 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Apa kaitannya antara KLIA dan jamuan raya??Apatah lagi antara keduanya dengan saudara Kamal Aqili??Dan juga kompleks PKNS?? Secara mudahnya, memang tiada apa-apa kaitan pun antara keempatnya.. Namun, pada malam 2 Oktober 2009 yang lepas, keempatnya berkait dengan hidup saya.

KLIA

Saya dan sahabat, Muhammad Zulfikar Azlan Syarif bergegas ke KLIA untuk menghantar seorang sahabat kami yang melanjutkan pelajaran di bumi United Kingdom. Pelbagai halangan yang kami tempuhi. Dan setelah bermacam aksi-aksi ngeri dari kami, akhirnya kami tidak dapat (diulangi, TIDAK DAPAT)berjumpa dengan sahabat kami tersebut kerana terlewat hanya beberapa minit.

Wajah penat dan kecewa saudara Azlan

Semoga Kamal Aqili sentiasa gembira di samping negeri barunya itu..

Update - Wajah ceria saudara Kamal di bumi UK(ceria ke mcm ni??)

Dan pada malam itu juga, kami berkesempatan berjumpa dengan ramai tokoh dan sahabat seperjuangan yang turut hadir ke KLIA untuk menghantar saudara Syed Ahmad Isra' dan saudara Shihab Rashidi ke bumi Mesir.

Antara drama di malam kejadian

Keesokan paginya, kami berdua bersama-sama saudara Muntaziri Tholaat bergegas ke Dewan Cempaka, Kompleks PKNS Bangi untuk menghadiri jamuan Aidilfitri PEMBINA DHL..


Tempat kejadian di pagi hari

Antara hadirin yang hadir

Macam-macam ada, itulah perkataan terbaik yang boleh diungkapkan ketika melihat program-program mendatang yang disediakan oleh PEMBINA DHL. Ruuuugi kalau tak joinnn.. Betul tak Ipin?? Betol betol betol..

Team bolasepak PEMBINA DHL - SARACENS (auummm..)

Lagi kisah di KLIA terdapat di sini.(si-kacamatahitam.blogspot.com)
Lagi kisah di Kompleks PKNS terdapat di sini.(pembinadhl.blogspot.com)

~Pengajaran yang terdapat dalam post kali ini:

- berusaha menepati waktu dan elakkan dari tersesat jalan di masa-masa yang suntuk
- pastikan kad touch n go anda berisi semasa mencalitkannya di kotak yang disediakan
- elakkan dari meletakkan sebarang kad lain berhampiran dengan kad touch n go anda untuk mengelakkan daripada tersilap memberi kad kepada pekerja tol
- pandu dengan cermat dan ingatlah orang tersayang
- elakkan daripada berlari-lari di kawasan KLIA
- belajar bersungguh-sungguh untuk terbang ke luar negara secara percuma
- kurangkan pengambilan gula dalam makanan di musim rumah terbuka ini
- banyakkan bersukan setalah makan dengan banyak di bulan Syawal
- tingkatkan tahap ketawakalan anda kepada Allah SWT di saat anda sudah berusaha sebaiknya
- yang lain, mungkin saudara Azlan boleh tambahkan kot..

Wassalam . .

Khas untuk Warga UIAM Yang Kelaparan Akibat Cafe Ditutup

10.10.09, Posted by Encik Penulis, No Comment

Assalamualaikum w.b.t

Kepada semua warga UIAM yang berada di kawasan kampus, silalh mengunjungi gerai makanan kami yang terletak di lot 19A di Convest Hill.

Bermacam menu menarik dan lazat belaka disediakam oleh pihak kami untuk DIBELI oleh anda-anda sekalian..

Cakap banyak tiada gunanya, berkunjunglah ke gerai kami..

Sekian, terima kasih.

~post yang mengandungi tajuk yang paling panjang sekali setakat ini..

Wassalam. .

Nasyid Pilihan