11 January 2012

Sembang Ikhwah

Tinggal bersama-sama dengan mereka yang sefahaman memberi banyak kelebihan. Satu semester saya tinggal sebilik dengan ikhwah-ikhwah yang sefahaman, mencambah kefahaman dan pemikiran saya dalam melihat jalan ini dalam skop yang berbeza. Beberapa idea-idea bernas, kritis dan menarik dilemparkan dalam sesi-sesi sembang kami di waktu lepas makan, petang hari, sebelum tidur (pillow talk), dalam mesyuarat dan macam-macam sesi lagi.

Oleh itu, insyaAllah, saya akan kongsikan perbincangan (lebih kepada sembang sebenarnya) kami tersebut dalam blog saya ini, semoga memberi manfaat kepada anda di luar sana, dan semoga menjadi rantaian pahala kami yang berterusan.

Sembang-sembang ini saya tujukan khas kepada mereka yang sedang berusaha keras di jalan dakwah ini, yang bersusah-payah, berkorban, demi memastikan kelansungan fitrah alam (dakwah kepada Allah SWT) ini berterusan. Dan semoga tulisan ini dapat menjadi pencetus semangat kepada mereka yang masih berkira-kira untuk bersama dalam jalan ini.

Nantikan dalam post selepas ini, siri-siri 'Sembang Ikhwah'.

Siri 1 - Pendakwah 'Kampus' 
Siri 2 - Ikhwah Tidak Sihat?
Siri 3 - Prioriti Seorang 'Pendakwah'
Siri 4 - Apa Ertinya Saya Pergi Program?

Comments
0 Comments

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP