02 March 2014

Sifat Maskulin Dalam Seni Tajmik - Bhg. 1

22,972,357 orang penduduk Malaysia ketika jam 10.32 malam, 2 Mac 2014 sebentar tadi. Angka ini diambil daripada sistem 'Jam Server' yang disediakan di sini.

Sehari dua ini kita dihebohkan dengan populasi penduduk Malaysia akan mencapai angka 30 juta dalam masa terdekat. Hal ini membuatkan saya terfikir tentang satu perkara, iaitu pembahagian rakyat Malaysia mengikut jantina. Ini adalah hasil siasatan saya di laman alam maya.

Penduduk Malaysia mengikut jantina (2010)
Saya melihat isu populasi jantina di negara kita ini dalam perspektif yang berbeza. Lihatlah ke dalam mana-mana gerakan dakwah di Malaysia sekalipun. Kita pasti akan melihat jumlah akhowat/muslimat/sahabiah/beliawanis lebih banyak daripada jumlah ikhwah/muslimin/sahabat/belia.

Dulu saya terfikir mungkin in disebabkan jumlah perempuan yang lebih ramai daripada lelaki. Tetapi berdasarkan statistik rasmi negara kita, sebenarnya jumlah lelaki lebih ramai daripada perempuan. Jadi mana logiknya akhowat lebih ramai daripada ikhwah?

Beberapa perkara yang saya ingin kongsikan daripada kutipan beberapa fakta dan realiti ringkas :
  1. Secara realitinya, kelihatan kaum lelaki agak sukar diajak untuk bersama memikul beban dakwah. Lihatlah, ramainya jumlah dalam populasi tetapi sedikit dalam saff
  2. Akhowat lebih mudah mentajmik berbanding ikhwah. Akhowat sekali tawar usrah berduyun adik-adik akan ikut (tuduhan) berbanding bila ikhwah buat perkara sama . Adakah ikhwah telah mengalami sindrom 'mandul' dalam mentajmi'?
  3. Kesannya, jadi isu di banyak gerakan Islam yang mereka mengalami masalah dalam menyelesaikan urusan rumahtangga disebabkan kekurangan ikhwah.
Ada sebahagian mereka yang menggunakan fakta ini untuk menyatakan keperluan untuk berpoligami. Mungkin ya. Saya yang bujang tidak boleh nak komen. Tetapi yang memualkan adalah bilamana si ikhwah bujang juga belum apa-apa sudah menyatakan hanya poligami sahaja yang mampu menyelamatkan akhowat. Ini saya tak setuju.

Saya ada sifir lain. Sepatutnya, ikhwah memperbaiki kualiti tajmiknya, dengan bertajmiklah bercirikan kelelakian.

Kurangkan drama ikhwah nangis mengangisi kononnya memahami...

Kurangkan ucapan-ucapan manis keukhwahan melampau terhadap 'akhi fillah'...

Kurangkan menggunakan bahasa-bahasa langit yang buat lelaki lain rasa annoying pada anda....

Ikhwah seharusnya fokus pada ciri-ciri maskulinnya, fokus pada nilai kelelakian!

Tajmiklah dengan penuh sifat kelelakian!

* bersambung...

- idea lepas perkongsian seni tajmik dengan ikhwah Bujang Shah Alam. Hoyeyy!

Comments
3 Comments

3 komen:

Anonymous 03 March, 2014 15:29  

Boleh bagi tahu, bagaimana tajmik dengan nilai kelakian?

Fakta ke auta?

Nor Aizat Rahimi B Rostam Rahimi 03 March, 2014 15:44  

Hanya lelaki yg akan faham sifat lelaki.

Tak semua lelaki lahir-lahir dalam keluarga Islami, sekolah agama dll.

klu nak tajmik lelaki dgn method ayat-ayat cinta, ukhuwah fillah semata, pasti ramai lelaki yg tak dekat dgn tarbiyah akan rasa janggal dan annoying.

lelaki, guna method lelaki.
lasak, main bola, berani, sifat jantan.

jgn asyik dgn tajmik semata ke usrah, berapa kerat lelaki biasa (yg takda background islamik) tahu usrah tu menatang apa.

Roszida 17 October, 2014 06:43  

Bila nak sambung part 2. Rasanya mesti ramai tertunggu2

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP