01 May 2009

Tariq Menang Ataupun Syahid

Assalamualaikum w.b.t.



Setelah sekian lama tidak berkesempatan untuk menulis tentang buku yang telah saya baca, Alhamdulillah akhirnya saya diberi sedikit kesempatan untuk menulis tentangnya. Jadi, buku pertama yang akan saya kongsikan dengan anda semua adalah Tariq Menang ataupun syahid karya Abdul Latip Talib.


Buku ini menceritakan tentang seorang panglima Islam yang agung, Tariq b Ziyad. Tariq dilahirkan pada tahun 670M dan meninggal dunia di Damsyik pada tahun 720M. Pada asalnya beliau adalah seorang budak suruhan kepada wakil khalifah Islam di Afrika ketika itu, al-Walid bin Abdul Malik iaitu Musa bin Nusair. Tariq adalah berketurunan Barbar. Beliau terkenal sehingga sekarang di atas kejayaannya menyebarkan syiar Islam di bumi Andalusia(Sepanyol) merangkumi kota Granada, Madrid, Malaga, Toledo, Cordova dan lain-lain lagi sehinggalah ke bumi Portugal.


Sebelum kedatangan Islam, Andalusia dikuasai oleh pihak Kristian di bawah pemerintahan Raja Roderiga yang berbangsa Gotik. Dia memerintah Andalusia dengan begitu kejam sekali. Para petani dipaksa membayar cukai yang tinggi, anak-anak gadis sering diperkosa oleh Raja Roderigo dan konco-konconya, yang melawan dibunuh atau dibakar hidup-hidup dan lain-lain lagi.


Dipendekkan cerita(nak panjang kenelah baca sendiri), salah seorang Gabenor kepada Raja Roderigo, Panglima Julian datang meminta bantuan kepada pihak Islam di Afrika untuk membebaskan Andalusia dari kejahatan Roderigo. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Musa lantas menyiapkan segerombolan(macam salah penjodoh je) tentera terpilih(yang tidak pernah meninggalkan solat sunat witir sahaja) seramai 12 ribu orang di bawah pimpinan Tariq.


Dengan menaiki kapal perang menyeberangi lautan samudera, Tariq mendaratkan pasukannya dengan bantuan arah dari Julian di Gilbraltar.


Tariq terkenal dengan semangat jihadnya yang tinggi pabila beliau mengarahkan agar kapal-kapal yang membawa mereka tadi dibakar. Kata-kata semangatnya yang sering kita dengar sehingga kini ialah


“Di belakang kita lauatan, di depan kita musuh. Kita terpaksa memilih kemenangan ataupun syahid. Dan kita tidak akan pulang sebelum mencapai matlamat tersebut.”


Kata-kata Tariq berjaya menaikkan semangat tetnteranya sehingga berjaya menumpaskan pasukan tentera Gotik yang seramai 100 ribu orang.


Pada mulanya kedatangan pasukan Tariq hanyalah untuk mengintip kedudukan di Andalusia sebelum kedatangan Musa bin Nusair namun berkat semangat jihad yang tinggi, berbekalkan hanya 12 ribu tentera dan iman yang memuncak, mereka berjaya menguasai hampir keseluruhan Andalusia sebelum ketibaan pasukan Musa bin Nusair. Tariq telah membahagikan pasukannya kepada empat pasukan untuk menawan bandar Cordova, Malaga, Granada dan Toledo. Setelah ketibaan Musa bin Nusair dan pasukannya, mereka bergabung dan meneruskan perjalanan sehingga berjaya menguasai Ecija.


Selepas itu, mereka berjaya memasuki Portugal sebelum Tariq dipanggil pulang oleh khalifah ke Damsyik dan meninggal dunia setelah beberapa tahun tinggal di sana.


____________________________________________________________________________________


Banyak pengajaran dan nilai-nilai baik yang boleh kita dapati dari buku ini. Antaranya ialah

  • Kuatnya Islam suatu ketika dahulu di bawah kekuasaan Daulah Islamiyyah. Dengan adanya pemerintahan Islam, mudah untuk umat zaman dahulu untuk menyebarkan Islam sehingga dapat menguasai dua pertiga dunia.
  • Pentingnya mempunyai iman yang mantap. Tanpa ketahanan iman, usahkan tentera, negara Islam sendiripun tidak dapat bertahan jika rakyatnya masih tidak mengamalkan Islam yang sebenar.
  • Kezuhudan dan ketawadukkan Tariq b Ziyad. Walaupun beliau berjaya menguasai Andalusia, beliau masih sedar dan tidak leka dari ibadat-ibadatnya seperti Qiamullail, sedekah dan lain-lain.
  • Pentingnya menunjukkan akhlak Islam yang sebenar. Ramai penduduk Andalusia yang memeluk Islam disebabkan kagum dengan tentera-tentera Islam yang begitu baik sekali kepada mereka.
  • Menuruti perintah pemimpin yang telah dilantik. Selagi mana arahan yang dikeluarkan tidak melanggar syarak, kita hendaklah menuruti arahan pemimpin kita. Ini ditunjukkan ketika Tariq meenyuruh askarnya membakar kapal-kapal yang membawa mereka ke Andalusia.
  • Selalu bermusyawarah sebelum mengambil apa-apa keputusan. Mungkin orang lain mempunyai idea lain yang lebih baik. Tariq akan mengadakan mesyuwarah sebelum menghadapi tentera Gotik untuk mendengar pendapat panglimanya yang lain.

Ini adalah antara beberapa nilai-nilai baik yang boleh kita dapati daripada buku ini. Sebenarnya terdapat lagi pengajaran lain yang terkandung dalam buku ini.


Buku ini sesuai kepada mereka yang berminat untuk mengetahui sejarah kekuasaan Islam suatu ketika dahulu. Gaya bahasa yang diolah dengan baik membuatkan kita seperti sedang membaca novel, tidak membosankan. Juga sesuai untuk dibaca oleh semua lapisan masyaaka tidak kira yang muda, tua, miskin. kaya, sihat, sakit dan sebagainya.


Dapatkan buku Tariq Menang Ataupun Syahid di kedai-kedai buku berhampiran anda. Buku ini diedarkan oleh PTS Publications dan berharga RM23.90(semenanjung) dan RM26.90(sabah/sarawak).



Antara tinggalan Islam di Sepanyol


Rakyat Andalusia sekarang..hee..

InsyaAllah saya akan menulis lagi tentang buku-buku lain yang telah saya baca. Doakan agar saya diberi kesempatan dan istiqamah untuk menulis.


~Tengah layan-layan buku ni, jom sekali layan lagu Far East ni(maaf, tak dapat nak upload lagu ni kat sini. tak retila. camane ye??).



Maassalamah Ya Andalus

Maka tersebutlah suatu daerah
Tersergam megah azannya bergema
Keagungannya, kemasyhurannya
Merentas seluruh dunia fana
Dan bersemaraklah cahaya-Mu Yang Esa
Bagai azimat untuk seluruh umat

Kehancuran yang mendatang
Kerna alpa dan prasangka jiwa lara
Harus kau ingat dari musibahmu
Datang bencana kerana kau lupa

Andalusia tinggal sejarah
Kekufuranmu terkubur semua

Haruslah kau beringat
Musibah yang melanda
Bencana dan merana kita lupa

Ada teladan dari kegagalan
Untukmu insan jadikan pedoman

Selamat tinggal Andalusia
Yang rebah tersungkur ke dada bumi
Selamat tinggal Andalusia
Mungkinkah dapatku kembalikan sinarmu

Wassalam..


Comments
1 Comments

1 komen:

Di pinggiran 01 May, 2009 22:15  

Seronok hati ini mengimbau kisah silam.. Kerinduan itu makin memuncak.. Tapi, Ya Allah, barangkali diri ini, tidak layak untuk berada bersama-sama tentera Tariq, kerana iman dan amal yang lemah..

Di sini sudah jelas, semangat sahaja tidak cukup bagi menghadapi kuffar.. semangat tanpa iman hanyalah semangat 'ajak-ajak ayam'. Bila pedang di depan mata, pasti cabut lari. Tapi iman dan semangat bila disatukan, nescaya muncung senapang di batang hidung pun, pantang sekali berundur!

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP