Perkhemahan KRIM Perak dan Saya
Assalamualaikum w.b.t.
Huh, cuti oh cuti. Dikala cuti ini, bermacam-macam perkara yang berlaku. Namun yang paling saya pasti, blog saya semakin terbiar usang tanpa sebarang tulisan terkini. Entahlah, mungkinkah kerana saya terlalu sibuk ataupun saya yang lebih banyak menyibukkan diri dengan perkara yang tidaklah penting mana. Yang pasti, akhirnya baru sekarang saya mendapat kelapangan waktu untuk mengupdate blog usang saya ini.
Kali ini, ingin saya berkongsi pengalaman saya sewaktu menjadi fasililator dalam program perkhemahan 'Kem Generasi Harapan' anjuran Kelab Remaja Isma(KRIM) cawangan Perak yang bertempat di Kem Seri Murni, Gopeng, Perak.
Oleh kerana saya telah menulis laporan penuh program ini di dalam laman web KRIM Perak, tidak perlulah saya ulanginya sekali lagi. Jadi untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini, anda bolehlah melawati laman blog KRIM PERAK.
krimperak.blogspot.com(blog KRIM Perak)
Di sini, saya akan berkongsi gambar-gambar di sepanjang perkhemahan tersebut.
Buat adik-adik yang mengikuti program ini, walaupun sekejap sahaja pertemuan kita, tapi api ukhwah yang membara anatara kita takkan pernah padam.
Buat semua urusetia dan fasililator, terima kasih kerana memberi saya banyak pengalaman baru sepanjang bersama antum dalam perkhemahan ini.
Buat asatizah-asatizah yang banyak berkorban menjayakan perkhemahan ini, syukran kasiran atas tunjuk ajar ustaz semua memberi tunjuk ajar kepada saya.
Jumpa lagi di program KRIM yang lain ya!!
Wassalam..