22 August 2009

Hai Pakcik-Pakcik. .

Assalamualaikum w.b.t.


Ini merupakan luahan hati saya dibulan Ramadhan yang mulia ini.


Di bulan mulia ini, seronok saya melihatnya..


Yang tak pernah mengaji, mengaji..


Yang tak pernah bertudung, bertudung..


Yang asyik berkepit je, berenggang..


Yang tak pernah ke masjid/surau, turun juga meingimarahkan masjid/surau..


Yang saya kecewanya, realiti yang berlaku di sekeliling saya. Masyarakat Islam sampaikan berpecah tempat ibadahnya hanya kerana perbezaan politik. Hingga ada label ’ini surau kita’, ’ini surau diorang’. Apa ni???


Seperti berlaku di kawasan rumah ini, puak yang memerintah mengadakan tazkirah sempena Ramadhan. Bagus dah tu. Tapi tazkirahnya siap mengata puak di sebelah sana,kononnya atas dasar kebenaran. Ya, saya amatlah menyokong tegaknya Islam di Malaysia ini, tapi tidaklah dengan cara mengutuk keburukan orang lain. Kan lagi elok jika kita hanya menceritakan keindahan Islam dan situasi sekarang. Tak perlulah menghina orang ini, orang itu.. Hmm...


Kesannya, puak yang dikutuk tu pun meluat nak ke surau ni. Diorang pergi tempat lain walhal diorang kariah kawasan ni. Setengah tu, sampai terus tak jadi nak solat tetaweh sebab tak tahan dengar kutuk-kutukan.. Yang puak bertazkirah tu pun nanti cakaplah puak sana yang punca perpecahan kariah.


Tolonglah, buangkan sengketa politik dari tempat ibadah kita..


Bersatulah wahai pakcik-pakcik sekalian..


~sekadar luahan hati seorang kariah muda tertekan..


Wassalam. .

Comments
7 Comments

7 komen:

Umar Abdul Rashid 23 August, 2009 01:01  

Betul. Terkdg ketaksuban kita kepada sesuatu bukan didasari dgn ilmu pengetahuan, tetapi disandarkan pada emosi. Cuma bahasa kena molek. Kita cakap dgn org lama. Tak leh wat cara muda. Teringat pada tema 'Memartabatkan Kesetiaan Bangsa'.

NurKamillya 23 August, 2009 15:59  

slm..ish..sedihnye tatkala masjid menjadi medan hina-menghina..
hinanya diri untuk menghina orang lain,kan? sabar yey..innallaha ma'assobirin..

zaidrais 24 August, 2009 10:49  

Huh. Sy yg separa manusia normal pn tak gitu...

zaidrais 24 August, 2009 15:58  

tp tanpa kita sedar, mungkin kita ade terbuat...
muhasabah...

Mohd Eqwan Bin Mohd Roslan 26 August, 2009 05:48  

Nampak berpolitik hanyalah satu-satunya jalan keluar untuk segala-galanya...

putra_alkahfi 28 August, 2009 14:53  

Salam.sepatutnya orang yang faqih lebih mengutamakan perpaduan. jadi pendamai bukan batu api(rujuk Al-Hujurat:9-12). kita nak orang kembali dalam Islam bukan nak bawa orang gi politik.Kita xtolak politik sebab ia salah satu juzu' Islam.

Di pinggiran 31 August, 2009 08:07  

Ah!

Pakcik-pakcik! Jangan bgini

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP