04 October 2009

Akukah Yang Pelik??

Assalamualaikum w.b.t.

Tak tahu mengapa, tapi semenjak dua ni saya tidak habis dihadapkan dengan cerita-cerita hubungan antara golongan yang beragama ni, maksud saya, antara lelaki dan perempuan yang mempunyai pegangan agama ni..

Saya jadi pelik dan musykil, bagaimanan mungkin seorang lelaki dan seorang perempuan saling mengadu masalah sesama mereka?? Meminta-minta pandangan dan nasihat sesama mereka?? Kononnya ikhlas hanya semata-mata Allah SWT??

Saya pelik bilamana seorang lelaki boleh datang kenduri di rumah kawan perempuan yang hanya dikenali dalam mesej?? Dikira berjumpa(dating) ataupun merisik?? Lelakinya berkopiah, perempuannya molek bertudung labuh. Kononnya selama ini mesej2 berbalas tazkirah(cara paling elok nk tackle gadis bertudung labuh).

Saya jadi pelik bilamana orang yang berada dalam saf perjuangan pun turut sama terkena tempiasnya?? Sampai ada yang bertalifon hanya atas alasan program??

Ataupun saya ini yang PELIK??

Ini tak boleh, tu tak boleh..
Ini rosak jiwa, tu rosak jiwa..
Ini menganggu hati orang sebelah sana, tu pun ganggu hati sana jgak..

Adakah lelaki2 lain tak merasa apa-apa pun mase berhubungan dengan perempuan2 tudung labuh ni??
Adakah hati saya ini yang mudah rosak pabila berlaku semua ni??
Mungkin tahap keimanan dan keikhlasan saya amat kurang berbanding lelaki2 yang saya maksudkan di atas..

"Orang lain elok je, kau tu je yang lebih2" - kekadang terngiang2 di telinga saya...

Ya Allah, tetapkan hatiku ini...

~ngomelan kosong di pagi hari..

Wassalam . .

Comments
9 Comments

9 komen:

zaidrais 05 October, 2009 09:30  

Ejad nak kawen...!

Shina 05 October, 2009 21:25  

Senang citer kawen jer..lagi dpt pahala...

Nor Aizat Rahimi B Rostam Rahimi 05 October, 2009 23:49  

huh...
kawen ye zaid...
~no comment...

zaidrais 06 October, 2009 07:57  

dah tu, bagi hang, potential calon itu ada...
ana lain la, kering kot.. haha...

sesungguh, kawan anda ini amat gembira tika mana kawannya berkahwin...

Nor Aizat Rahimi B Rostam Rahimi 06 October, 2009 17:08  

potential calon????
ni provokasi ke kontrevesi???

Anonymous 06 October, 2009 18:27  

both.. haha...

danialarief 07 October, 2009 16:52  

bila nk ehem2?buat kat masjid UIA ka??haha

Umar Abdul Rashid 07 October, 2009 20:24  

Sedap gamok kate ke oghe. Pok dio tue ?. Situasi ni memang benar2 berlaku. Semoga Allah memelihara kita semua dari fitnah ini..

Mohd Eqwan Bin Mohd Roslan 10 October, 2009 02:03  

usamah kecek klate...jadi molek ah...hahahaha....

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP