21 March 2010

Sindrom Ke'Putus asa'an

Assalamualaikum w.b.t.


Istilah putus asa merupakan salah satu istilah yang selalu bermain-main dalam diri manusia. Istilah ini boleh diibaratkan dengan putusnya harapan dan daya usaha dalam melakukan dan melaksanakan sesuatu perkejaan dalam bidang apa sekalipun. Putus asa merupakan satu sifat negatif yang selalu dipandang remeh oleh manusia.

Perkataan putus asa juga tidak pernah lari dalam diri seorang manusia, mahupun seorang Muslim yang bergelar Dai'e, atau pendakwah. Putus asa mampu merencatkan bermacam-macam rancangan dan strategi yang telah dirancang lebih awal.

"Syeikh, ana dah tak bolehlah nak teruskan kerja tu. Enta cari orang lain jela ye?"

"Ana dah agak dah, memang ana takkan mampu nak ajak orang ni. Ana pun bukan pandai sangat. Dah la, ana dah taknak buat dah la."

"Emm... Maaf akh.. Ana memang tak boleh buat. Ana dah cuba sekali dah. Sudahlah.."

Ini merupakan antara ayat-ayat yang selalu bermain-main di dalam dunia dakwah ini. Tidak terkecuali daripada mulut saya sendiri bedasarkan pengalaman peribadi saya. Kadang-kadang, jika masalah ini tidak diselesaikan dengan sempurna, ia boleh membawa kepada ke'syahid'an ikhwah tersebut daripada terus bersama dalam jalan ini. Ya! Kesannya boleh mencapai sebesar itu.

Sekadar gambar hiasan, menunjukkan contoh ekspresi orang yang dilanda sindrom ke'putus asa'an.

Dan untuk itu, saya paparkan beberapa cerita tentang kisah para Nabi-Nabi terdahulu. Adakah rintangan perjuangan kita sesukar mereka dahulu? Adakah mereka sampai ke tahap ke'putus asa'an?

Nabi Nuh a.s.
Sungguh, Kami benar-benar telah mengutus Nuh kepada kaumnya, lalu dia berkata, "Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tidak ada tuhan (sembahan) bagimu selain Dia. Sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab pada hari yang dasyat(kiamat)."
Surah Al-A'raf, 7 : 59

Pemuka-pemuka kaumnya berkata, "Sesungguhnya kami memandang kamu benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata."
Surah Al-A'raf, 7 : 60
Nabi Hud a.s.
Dan kepada kaum 'Ad (Kami utus) Hud, saudara mereka. Dia berkata, "Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tidak ada tuhan (sembahan) bagimu selain Dia. Maka mengapa kamu tidak bertakwa?"
Surah Al-A'raf, 7 : 65

Pemuka-pemuka orang-orang kafir dari kaumnya berkata, "Sesungguhnya kami memandang kamu benar-benar kurang waras san kami kira kamu termasuk orang-orang yang berdusta."
Surah Al-A'raf, 7 : 66
Nabi Saleh a.s.
Dan kepada kaum Samud (Kami utus) saudara mereka Saleh. Dia berkata, "Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tidak ada tuhan (sembahan) bagimu selain Dia." . . . .
Surah Al-A'raf, 7 : 73

Orang-orang yang menyombongkan diri berkata, "Sesungguhnya kami mengingkari apa yang kamu percayai."
Surah Al-A'raf, 7 : 76
Nabi Lut a.s.
Dan (Kami juga telah mengutuskan) Lut, ketika dia berkata kepada kaumnya, "Mengapa kamu melakukan perbuatan keji, yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun sebelum kamu (di dunia ini).
Surah Al-A'raf, 7 : 80

Dan jawaban kaumnya tidak lain hanya berkata, "Usirlah mereka (Lut dan pengikutnya) dari negerimu ini, mereka adalah orang yang menganggap dirinya suci."
Surah Al-A'raf, 7 : 82
Nabi Syu'aib a.s.
Dan kepada penduduk Madyan, Kami (utus) Syu'aib, saudara mereka sendiri. Dia berkata, "Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tidak ada tuhan (sembahan) bagimu selain Dia. Sesungguhnya telah datang kepadamu bukti yang nyata dari Tuhanmu." . . . .
Surah Al-A'raf, 7 : 85

Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri dari kaum Syu'aib berkata, "Wahai Syu'aib! Pasti kami usir engkau bersama orang-orang yang beriman dari negeri kami, kecuali engkau kembali kepada agama kami." . . . .
Surah Al-A'raf, 7 : 88
Nabi Musa a.s.
Dan Musa berkata, "Wahai Fir'aun! Sungguh, aku adalah seorang utusan dari Tuhan seluruh alam.
aku wajib mengatakan yang sebenarnya tentang Allah. Sungguh, aku datang kepadamu dengan membawa bukti yang nyata dari Tuhanmu." . . . .
Surah Al-A'raf, 7 : 104 & 105

Pemuka-pemuka kaum Fir'aun berkata, "Orang ini benar-benar pesihir yang pandai.
yang hendak mengusir kamu dari negerimu." . . . .
Surah A;-A'raf, 7 : 109 & 110
dan Nabi Muhammad S.A.W.
Daripada Ibnu Abbas, katanya :

. . . . Kata Nabi Muhammad SAW , "Sesungguhnya aku ini adalah seorang pemberi peringatan tentang azab yang dasyat di hadapan kamu."

Lantas Abu Lahab berkata, "Celaka engaku seluruh hari ini, adakah kerana ini engkau mengumpulkan kami?" . . . .
Riwayat Al-Bukhari

Rintangan dan segala tribulasi serta mehnah ujian yang dihadapi oleh mereka semua lebih berkali-kali ganda berbanding dengan apa yang kita lalui sekarang. Setakat dilabel sebagai 'Ustaz', "macamla ko tu baik sangat!", ataupun gagal menarik sasaran kita untuk bersama dalam jalan ini tidaklah setanding dengan apa yang dilalui oleh para Nabi dan Rasul yang terdahulu.

Benar, putus asa ini merupakan perkara biasa yang berlaku kepada manusia biasa seperti kita. Namun, yang penting adalah cara-cara untuk mengatasi dan mengawal perasaan putus asa ini. Antara tindakan dan pandangan yang boleh diambil adalah :
  • banyakkan bertanya kepada orang-orang yang lebih berpengalaman
  • sentiasa bergaul bersama rakan-rakan yang baik, yang mampu mendorong anda untuk terus kehadapan
  • anggaplah kegagalan itu sebagai satu pengalaman berharga, dan jangan takut untuk gagal buat kesekian kalinya
  • rancang pelbagai plan sebagai persediaan sekiranya plan pertama menemui kegagalan
  • setiap kegagalan adalah ujian dari Allah SWT, dan manusia tidak akan dibebani dengan ujian yang tidak mampu dilaluinya
  • doa, usaha dan tawakal
Mungkin masih banyak lagi tindakan yang boleh diambil untuk mengatasi perasaan ini. Ini adalah antara perkara yang terlintas di hati sanubari saya ketika menulis penulisan ini. Dan ingatlah, Allah SWT mengganjari hambaNya bedasarkan usaha yang dilakukan. Biarpun gagal, asalkan berusaha. Dan jangan putus asa!


Pedulikan apa kata orang!! Yang penting kita teruskan usaha kita!! Memberi peringatan kepada umat.

Elakkan sindrom ke'putus asa'an menghantui diri kita. .

Wassalam. . .

Comments
2 Comments

2 komen:

Syed Mohd Syahmi 22 March, 2010 20:11  

macam mana la ana boleh tak perasan blog ni.

kena solat taubat ni :)

Mohd Eqwan Bin Mohd Roslan 09 April, 2010 03:43  

asal kena amek gambar D**** tido gak? haha

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP