21 June 2010

Bumi Cinta ; karya terbaru Habiburrahman el-Shirazy

Assalamualaikum w.b.t.


Saya baru sahaja selesai menghabiskan novel terbaru dari Habiburrahman el-Shirazy iaitu Bumi Cinta. Novel yang ditulis oleh penulis yang benar-benar mantap ini membawa saya melayang ke bumi Rusia dalam sehari dua ini.

Jika sebelum ini Kang Abik membawa kita ke bumi penuh barakah, bumi yang penuh kebaikan, Kaherah, Mesir, melalui novelnya seperi Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih, kali ini kita dibawa melayang ke bumi penuh pancaroba, penuh dugaan melawan nafsu, Moskow, Rusia. Bagaimana seorang pemuda Indonesia, Muhammad Ayyas melewati hidup di kota Moskow, kota yang penuh dugaan dan cabaran bagi seorang Muslim sepertinya.

Tak perlu saya ulas atau bercerita lanjut, kerana ia akan mengurangkan 'feel' kalian yang masih belum membacanya. Jalan ceritanya saya rasa amat berguna untuk kita yang tinggal di kota pancaroba(termasuk Kuala Lumpur rasanya). Walau mungkin suasana kita tidak seteruk di Rusia.

Saya jumpa novel ini baru diimport sehari dari Indonesia semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tempoh hari, tetapi kerana sudah berbelanja di Pesta Buku, terpaksa saya tangguhkan. Dan bulan seterusnya masalah kewangan yang menyekat juga membuatkan saya tidak mampu mendapatkannya.

Akhirnya, Jumaat lepas, dengan bantuan kewangan dari ibu saya(terima kasih mak), dapat juga saya memiliki novel ini, dengan harga RM35, di kedai buku-buku Indonesia, tingkat 2, Wisma Yakin, Jalan Masjid India. Versi Indonesia ya, yang Malaysia masih belum ada. Tapi bahasa Indonesia yang mudah, lebih kurang sama dengan Bahasa Melayu kita.

Terima kasih Kang Abik, benar-benar terasa berada di bumi cinta. . .

Walau di mana sahaja kita berada, kita tetap berada di bumi cinta. . .

Dapatkan segera. Sementara stok masih ada..

~Novel yang saya beli di Wisma Yakin merupakan stok terahir kedai tuh..kene tunggu dia import barulah baru dapat beli..tempat lain saya xtau kt mana ada jual..

Wassalam . . .

Comments
2 Comments

2 komen:

MAZA AMFOTERIK 25 June, 2010 10:19  

salam..hrp bagi intro skit..tak pun citer skit gaya prjln citer dia cm mn..adkh brlnn drpd hasil karya Kang Abik sblm nih?

Nor Aizat Rahimi B Rostam Rahimi 25 June, 2010 15:50  

salam..

ala, nk tau jgak ke? nanti xbest la baca kalau ana dah cter..

hee~

emm, berlainan la kot..selama ni background tmpat di kawasan baik2 belaka..kali ni kang abik bwak kita mcm mana nk hadapi situasi yg mencabar..

bleh gk baca pasal novel ni kt sini -
http://whydoyouread.wordpress.com/2010/05/16/penangan-bumi-cinta-karya-kang-abik/

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP