Belia Muslim Kontemporari
Assalamualaikum w.b.t.
Saban hari kita diberitakan dengan masalah-masalah sosial di kalangan belia kita pada hari ini. Lumba haram, zina, hiburan melampau, arak, dadah, seks bebas, dan lain-lain lagi masalah yang menimpa belia pada hari ini, sudah cukup memberi gambaran menakutkan tentang pemimpin pada masa hadapan. Statistik menunjukkan yang belia di Malaysia berjumlah lebih kurang 11.8 juta iaitu mewakili 42% daripada jumlah penduduk Malaysia masa kini. Dan dalam masa yang sama, 81 000 orang anak luar luar nikah telah didaftarkan. Ini tidak termasuk anak yang dibunuh, dibuang, dilupuskan dan lain-lain lagi. Kritikal, amat kritikal keadaan belia masa kini.
Pabila dipandang kembali kepada sirah Rasulullah SAW, kita dapat melihat bagaimana belia pada ketika itu memainkan peranan yang cukup besar dalam penyebaran agama Islam. Mus'ab b Umair ra yang ditugaskna ke Madinah adalah seorang belia. Ali b Abu Talib ra yang menggantikan tempat Rasulullah SAW pada malam hijrah adalah seorang belia. Usamah b Zaid ra yang memimpin pasukan Islam menentang Rom juga seorang belia. Siapa lagi? Zaid b Tsabit ra menjadi penulis wahyu dalam usia lebih muda dari belia. Terlalu banyak perwira yang muncuk di zaman itu dari kalangan golongan belia.
Sebagai, seorang belia Muslim yang hidup di zaman penuh cabaran ini, kita seharusnya mempunyai pendirian yang tersendiri. Belia seharusnya mempunyai objektif untuk menjadi orang yang terbaik dan mengesani orang disekelilingnya. Belia merupakan agen perubahan yang terbesar kerana belia mempunyai beberapa sifat yang tidak dimiliki oleh golongan lain iaitu
- bercita-cita tinggi
- berdarah panas(semangat)
- idealisme yang luas
- sedia berkorban dan menabur jasa
- mempunyai kekuatan fizikal
Antara ciri-ciri yang diperlukan adalah
- banyak berfikir tentang umat lebih daripada fikirkan diri sendiri
- memahami dakwah yang betul
- menyakini hanya satu jalan yang boleh menyelamatkan mereka, iaitu Islam
- memerlukan pengorbanan
- menyakini fikrah Islam yang tulin
- menjadi pendita di malam hari dan satria disiangnya
- ceritakan hakikat Islam dengan jelas kepada rakan lain
- mengajak rakan beramal dengan Islam yang syumul
- menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan utama
- berjuang terus hingga dijemput menemui Allah SWT
- mecapai antara 2 kebaikan, iaitu antara menang ataupun syahid
Ingatlah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
Ayuh belia! Ayuh pemuda! Rebutlah peluang yang terbentang luas di hadapan kita. Perbaikilah dirimu, dan serulah orang lain.
Mari menjadi belia Muslim kontemporari!
~Ingin bersama? Layari laman web rasmi PEMBINA untuk bersama menjadi belia Muslim kontemporari.
Wassalam . . .