14 August 2010

Ahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah. Allah SWT telah menyampaikan kita kepada bulan yang penuh kebaikan, bulan penuh barakah, bulan Ramadhan al-Mubarak. Ayuh, di bulan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama merebut segala jenis ganjaran yang terdapat di dalamnya. Rugi rasanya jika kita hanya melepaskan peluang ini sia-sia padahal kita telah dijanjikan dengan pelbagai ganjaran dan kemudahan daripada Allah dan RasulN

Rasulullah SAW bersabda,
  "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."
(Riwayat  Bukhari, Muslim& Nasaaei)

Moga-moga dengan terikatnya semua syaitan yang selama ini menghasut kita melakukan kejahatan, dapatlah kita mendidik nafsu kita untuk patuh kepada perintah Allah SWT. Apakah tegar kita untuk sekadar melalui bulan Ramadhan tanpa melipat gandakan ibadah kita? Walhal bermacam-macam 'pakej pelan lengkap' telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita sempena kedatangan Ramadhan. Keberkatan dalan sahur, malam Lailatul Qadr, amalan dilipat ganda, dosa-dosa dahulu dihapus dan macam-macam lagi ganjaran yang telah Allah SWT janjikan. Sanggupkah kita hanya melintasinya, melihat tanpa mengambilnya?

Untuk perkongsian, menyambut Ramadhan di UIA, bagi saya cukup menyeronokkan. Dengan adanya bermacam-macam program sempena Ramadhan, solat Terawih yang syahdu di masjid, Sahur yang cukup meriah, Iftar yang disediakan dan bermacam-macam lagi. Dan kemuncak untuk semua ini adalah ketika Iktikaf di 10 malam terakhir. Ketika itu, Masjid UIA akan menjadi tumpuan seluruh pelusuk dunia (sebab ada banyak warga negara asing), untuk datang dan beriktikaf di sini.

Berikut, gambar ketika solat Terawih malam pertama di Masjid UIA 
Kredit kepada jurugambar, ZafryHalim.com
Ramai, cukup ramai. Sampai ada yang melimpah ruah ke luar. Subuh di Musollah Usman penuh! Sehingga sesiapa yeng terlewat, terpaksa tunggu di luar Musolla. Lantunan bacaan al-Quran di merata-rata Kedengaran di mana-mana.

Untuk anda yang tidak pernah merasai Ramadhan di UIA, saya mencadangkan ada datang untuk beriktikaf ketika masuk 10 malam terakhir. Subhanallah, suasana ketika itu cukup menarik, susah nak dapat suasana sama di masjid lain di Malaysia.

Akhir kalam, disebalik ke'pulun'an kita beribadat di bulan Ramadhan ini, sama-samalah kita berdoa agar kita kekal istiqamah untuk terus beribadat pabila Ramadhan telah berakhir nanti. Semoga kita tidak menjadi hamba Ramadhani, hamba yang hanya beribadat di bulan Ramdhan sahaja dan meninggalkannya di bulan-bulan lain.

Jom layan wallpaper Ramadhan dari ISMA !

 Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Ya Allah, Bantulah kami beramal di bulan Ramadhan ini. 
Ya Rahman, Terimalah amalan-amalan kami. 
Ya Rahim,  Istiqamahkanlah kami untuk beribadat kepadaMu pada bila-bila masa.

Amin Ya Rabb...

Comments
0 Comments

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP