05 February 2011

Untukmu Teman

Sebuah ideologi yang suci murni, dan tulus mengharapkan redha Ilahi pasti akan dibantu oleh Allah SWT. Hendak atau tidak, tidak ada ideologi lain yang memenuhi syarat-syarat untuk mendapat bantuan Allah SWT melainkan yang membawa kepada penyebaran Islam.

Ketika mana anda diperli oleh rakan-rakan kerana berubah menjadi lebih 'Islamik', jangan gusar kerana suatu hari nanti, pasti mereka akan mengerti mengapa anda begitu.

Ketika mana anda dikutuk kononnya hipokrit dan berpura-pura, bersabarlah kerana kelak pasti mereka mengerti bahawa anda jujur dan tulus dengan apa yang anda bawa.

Ketika mana usaha anda untuk mengajak mereka kepada kebaikan diendahkan, percayalah kerana meraka pasti akan menyesal nanti dengan penolakan mereka itu.

Jika tidak di dunia, pasti di akhirat nanti!

Dan dengan sedikit usaha dan juga pertolongan daripada Allah SWT, tidak mustahil mereka-mereka tadi  akan menjadi pendokong dan pembawa bersama risalah dan beban yang terpikul di bahu anda. Jangan putus asa, jangan bersedih, Allah SWT pasti bersama kita!

Jom kita pikul beban ini sama-sama! Jom kita melangkah beriringan bersama! Jangan buang masa, nanti ada yang akan terlena.

Khas untuk rakan-rakan lama yang mengerti betapa indahnya hidup dalam tarbiah dan dakwah. Terima kasih kepada anda yang banyak membantu dan berjalan beriringan bersama :
- Mohd Faisal b Mohd Roslee
- Ahmad Abd Muiz b Abd Karim
Moga segala yang kita lakukan, dapat menutup segala kesilapan di masa lampau. Moga ukhwah kita bergerak seiringan dengan iman di dada.

Yang lain tunggu apa? Jom sama-sama!

Siapa tahu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik boleh jadi Ma'ahad Taman Tasik? Melahirkan para pejuang dan pendokong Islam di seluruh pelosok dunia?

Comments
3 Comments

3 komen:

sham azizi 05 February, 2011 00:54  

aku nanges baca post yg ni....siap tulis nama...

Nor Aizat Rahimi B Rostam Rahimi 05 February, 2011 01:48  

aisey, jgn la sentimental sgt bro..

ak pun dah nk nagis nih.. :P

Anonymous 05 February, 2011 03:14  

Sedih, sekolah lama yang ana pernah 'samseng' dulu, hilang segala contact. Harapnya satu hari ana yang dulunya terkenal dengan 'buruk perangainya' dahulu,Berbeza tanggapan mereka sepertimana rakan-rakan enta jumpa enta.

:P

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP