12 January 2012

Pendakwah 'Kampus'

Sejurus menjelang peperiksaan akhir semester lepas, satu topik yang menjadi perbualan kami adalah mengisi waktu cuti. Ada yang nak tajmi' ahli-ahli baru, ada yang nak 'all out' di tempat-tempat tertentu (sebab sangat free, dah cuti), dan lain-lain lagi. Daripada situ, lantas membuatkan kami sedar, bahawa hidup untuk menjadi seorang daie tidak mudah, tidak hanya di dalam kampus, tidak hanya di dalam semester.

Saya terfikir, banyak pelajar-pelajar universiti, sangat sibuk dengan aktiviti dakwahnya, dengan pelbagai-bagai persatuan Islamnya ketika di dalam kampus. Namun, ketika ditanya apakah perancangan mereka ketika cuti semester, mereka hanya menjawab - "Duduk rumah, bantu mak ayah."

Terkejut. Sangat terkejut. Mengingatkan mereka-mereka ini merupakan qudwah di kampus masing-masing sebagai seorang daie, namun menyepi ketika cuti. Tidak saya katakan bahawa membantu mak ayah itu salah, namun adakah itu sahaja yang mampu dan perlu dilakukan ketika cuti semester?

Adakah dakwah yang difahami hanya di dalam kampus sahaja? Adakah hanya ketika tempoh pembelajaran semester sahaja? Bagaimana dengan waktu cuti? Dan bagaimana ketika keluar daripada universiti satu hari nanti?

Bagaimana ketika dakwah memerlukan kita ketika cuti semester? Adakah kita akan menjawab, "Maaf, kami sedang bercuti. Tunggu kami masuk kampus balik lagi sebulan."?

Jika perkara ini akan berterusan, tidak mustahil akan lahir lebih ramai 'Pendakwah Kampus', yang hanya berdakwah ketika mana di dalam kampus, dan senyap ketika cuti semester. Dan saya tertanya-tanya, jika ini berterusan, bagaimanakah dan apakah yang akan dilakukan setelah tamat tempoh pembelajaran di kampus?

Sangat rugi tenaga-tenaga muda ini.

Lantas, akan ada yang bertanya, "Macam mana nak buat dakwah, U tengah cuti, persatuan dakwah kami fokus kepada dakwah di kampus. Dah kampus tutup, terpaksa cuti untuk merangka strategi bila buka sem nanti."

Rangka strategi tak salah, namun mengambil cuti yang tidak tepat.

Solusinya? Bagi saya, yang paling mudah sekali adalah mereka ini harus bersama-sama dengan persatuan Islam yang juga bergerak di luar kampus. Dengan bersama-sama persatuan ini, amal dakwah dapat diteruskan ketika di dalam kampus, dan juga ketika cuti dengan menyertai wakil persatuan ini di kampung halaman masing-masing. Yang penting sekali, hubungi, dan cari wakil ini di kawasan kita.

Bagaimana jika tiada di kawasan kita? Jika tiada, tanggungjawab untuk mula menggerakkan dakwah tersebut terletak di bahu kita. Percayalah, masyarakat sangat memerlukan golongan terpelajar seperti kita untuk menggerakan amal dakwah di luar sana.

Mulakan langkah berkenalan semula dengan rakan-rakan lama yang sudah lama terputus hubungan, boleh jadi ada di antara mereka yang berpotensi untuk diajak bersama-sama dalam amal dakwah ini. Rapatkan diri dengan adik-adik di sekolah lama, bekas guru-guru. Boleh jadi akan ada prospek dakwah di situ. Juga di masjid, padang bola, kedai mamak, gelanggan futsal, trek jogging dan lain-lain tempat, asalkan kita jelas tujuan dan objektif kita iaitu dakwah kepada Allah SWT.

Semoga cuti dapat dimanfaatkan dengan baik, dan cuti dapat meneruskan momentum dakwah kita di kampus. Dan ketika mana kita kembali ke kampus nanti, kita berada dalam keadaan full charge, tidak perlu dicaskan semula untuk memulakan dakwah, bahkan seharusnya cas pendakwah itu berlegar dan bergerak setiap masa, walau di mana dan bila waktunya.


قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
"Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."
(Surah al-An'am, 6 : 162)
 
Semoga solat kita, ibadah kita, hidup dan mati kita, semuanya hanya untuk Allah SWT. Semoga waktu di kampus, di luar kampus, ketika tamat pembelajaran juga hanya untuk Allah SWT.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Jauhkanlah kami daripada waktu lapang yang membunuh. Istiqamahkanlah kami, elakkan kami daripada futur dari jalan ini.
 
Manfaatkan cuti kita. Semoga kembalinya kita ke dalam kampus nanti, dengan semangat baru, yang penuh siap siaga!

Comments
0 Comments

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP