Biar Letih Berpuasa Dari Letih Berdosa
Assalamualaikum w.b.t.
Ini kudapati dari kenalanku…Semoga Allah merahmati
Biar letih berpuasa dari letih berdosa
“Cabaran memang tinggi di luar sana. Tak perlu diungkap bagaimana hebatnya tarikan-tarikan maksiat dalam pelbagai bentuk. Namun tidak hanya sekadar itu….
Pengaruh rakan-rakan dan faktor sosial setempat memburukkan lagi keadaan. …Maka dari itu, jangan terkejut
- jika di suatu ketika title “Badan Dakwah dan Rohani@Badar” tak daya menyelamatkan si polan dari lembah maksiat
- jika anak seorang imam yang mewarisi darahnya mahupun anak seorang ustazah yang mewarisi DNAnya…… darah seorang s0leh dan DNA seorang solehah tidak berupaya menyekat insan kurang bernasib baik itu dari terjerumus ke lembah dosa
- jika quran yang dibaca malahan yang dihafaz mahupun solat yang ditunai hanya menyebabkan dosa-dosa tertahan seketika sebelum kembali bermaharajalela
- jika suatu ketika menyangka bahawa diri ini berada di jalan para anbiya’ dan tiba-tiba tersentak kerana terjelepuk di jalan golongn laknatullah
- jika…………………………………….
saat iman mula melemah. saat logik hanyalah kerlipan kunang-kunang yang tak cukup buat menerangi gelapnya malam.saatjernihnya fikiran tak kunjung tiba.saat biah solehah hanyalah fatamorgana.saat itu ….bisa terjadi kepada kita! kepada aku dan engkau…baik ditarbiyah …apatah lagi yang belum berkesempatan mengenali tarbiyah…”
kenalanku menghabiskan bicaranya dengan hala nafas yang cukup panjang….sebelum menyambung kembali
“Namun Allah itu maha Adil! setiap masalah datang dengan penyelesaiannya…aku kira kau dan mendengar pelbagai cara bagaimana untuk sentiasa tetap dalam redhanya…dan saat ini aku hanya ingin berkongsi denganmu kehebatan puasa..dari kaca mata biasa
ada yang berkata, ada juga yg berpuasa tapi dalam dosa…
maka untuk mereka, aku mengatakan! bayangkan apakah akibatnya jika si polan tidak berpuasa tentu dosanya berlipat kali ganda…wallahua’lam…
ada yang berkata, buat apa jika hanya sekadar menahan perut
maka untuk mereka, aku mengatakan! lebih baik dari mengikut perut
maka untuk mereka, aku mengatakan! mulakanlah walaupun hanya sekadar menahan lapar kerana kesannya bakal melebihi sebatas kata
dan pelbagai lagi kata….
dan begitu juga jawabnya….
namun cukuplah ku akhiri persoalanmu adik-adikku!
Biar letih berpuasa dari letih berdosa!
kerana tiada pernah makhluk yang sanggup dan bisa menahan balasan Yang Esa yang dijanjikan buat mereka yang berdosa”