08 May 2010

Khas Untuk Saudaraku

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam, 7 Mei 2010, sedang saya bersenang-lenang di rumah dan dengan girangnya membaca surat khabar, saya dikejutkan dengan berita tentang ini :

Subhanallah..Subhanallah..

Untuk pengetahuan anda semua, lelaki di atas, Ahmad Fikri Morshidi merupakan seorang rakan saya yang sedang menuntut di UIAM Kuantan dalam bidang Perubatan. Pernah sebilik dengan saya di CFSIIUM PJ dan juga bersama-sama dengan saya daripada saat mula-mula saya kenal dengan perjuangan ini, hinggalah sekarang.

Beliau berumahtangga dalam usia 20an bersama pasangannya, Nur Izaidah Ishak, juga pelajar perubatan di UIAM Kuantan. Saya pernah mengwar-warkan tentang perkahwinan mereka di sini. Juga ucapan tahniah atas perkahwinan mereka di sini.

Cakap banyak pun tak guna, boleh baca sendiri dalam gambar-gambar di bawah :


Tahniah Fikri! Enta sudah menjadi ikon belia hari ini! Satu Malaysia sedang melihat dan akan terus melihat prestasi enta. Teruskan! Semoga berjaya menjadi pencetus dan pembakar semangat kepada belia-belia Islam lain untuk turut berjaya seperti enta.

Juga, hati-hati dengan fitnah dunia. Enta sekarang membawa beban (taklif - ingat tak apa yang Barra' pernah cakap dulu? :P ) perjuangan yang lebih besar. Enta telah menjadi Qudwah Hasanah kepada masyarakat seluruh Malaysia amnya. Jangan sia-siakan peluang dakwah sebesar ini. InsyaAllah, ana yakin enta mampu.

Sekian untuk slot penghargaan khas kepada Ahmad Fikri Morshidi. Bak kata Abdul Rahman Fauzi, MEREKA BAHAGIA, AKU GEMBIRA. Moga Allah SWT sentiasa merahmati enta dan zaujah enta.

Man, bila pulak kau nak bahagia? cukup ke gembira je?? haha..

~Kredit kepada saudara Abdul Rahman Fauzi di atas gambar-gambar yang diculik dari laman blognya.

~Post ini sebenarnya khas ditulis untuk Fikri sahaja. Jika ada daripada anda yang beranggapan post kali ini agak 'poyo', maafkanlah saya kerana memang post ini bukan untuk anda. Ini khas untuk orang-orang yang memahami apakah maksud Ukhuwwah Islamiyyah yang sejati dan erti Tafahum serta Takaful dalam persaudaraan sesama Mukmin.

Wassalam . . .

Comments
0 Comments

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP