Mengimbau Kegemilangan Silam
Assalamualaikum w.b.t.
Tanggal 29 Mei 1453 merupakan suatu tarikh yang bersejarah dalam sejarah kegemilangan tamadun Islam di suatu masa dahulu. Pada tarikh keramat inilah, seorang pemimpin terbaik berserta tentera-tentera terbaik berjaya membuka kota Constantinople.
Lantas, tertunasnya janji Rasulullah S.A.W...
” Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baiktentera.“ [Hadis riwayat Imam Ahmad]
Megah rasanya taktala mengingatkan kembali detik-detik manis kejayaan Islam sebegini, namun kondisi umat zaman kini bukanlah menuntut kita untuk hanya mengenang sejarah gemilang di masa lampau. Era ini menuntut kita sebagai seorang Muslim mencipta langkah untuk melakar sejarah. Sejarah yang akan menjadi hujah di akhirat kelak apabila ditanya tentang tugasan kita di bumi ini.
Ada orang cakap umat Islam zaman ini lemah kerana Amerika Syarikat terlalu ampuh. Jatuhkan Amerika, insyaAllah megahlah Islam...
Ada orang cakap bangsa Arab yang jadi punca, tidak bersatu mempertahankan Islam, jadi tali barut Barat. Jika bersatu, insyaAllah berjayalah Islam...
Ada pula yang cakap kerajaan kita yang penyebab masalah berterusan, tidak membantu lansung dalam isu boikot, dari segi ketenteraan dan macam-macam lagi. Jika dibuat, insyaAllah naiklah Islam...
Ada lagi tuh yang cakap Islam takkan menang selagi Imam Mahdi tak turun. Jika tiba masanya nanti, insyaAllah confirmlah kemenangan Islam...
Saya tak berapa minat dengan cakap-cakap orang macam ni. Semua jari yang ditunding kepada pihak lain, harus ditunjukkan ke arah diri sendiri.. Apa sumbangan kita? Apa tangungjawab kita? Apa yang hendak dijawab ketika di Padang Masyar kelak?
Moga-moga kemanisan kisah perjuangan Sultan Muhammad al-Fateh berjaya membuka mata kita bahawa dengan usaha, segalanya mampu tercapai. Sunnahtullah kemenangan tidak hadir secara menggolek. Harus ada usaha, harus buat kerja.
Perbincangan yang baru dilalui tadi menyedarkan saya, bahawa masih ramai dari kalangan umat Islam yang rindukan kejayaan Islam seperti di masa silam. Namun, mereka ini masih ketandusan cara terbaik untuk kembali menegakkan Islam.
Hidupkanlah kembali hati-hati setiap orang Islam ini dengan rasa ke'izzahan(kebanggaan) menjadi seorang Muslim yang sejati. Yang sentiasa mematuhi perintah Allah SWT dan menjauhi laranganNya.
Ayuh! Mulakanlah dengan dirimu! Dan serulah orang lain..
Your life, your choice.

~untuk artikel berkaitan Sultan Muhamad al-Fateh, boleh dibaca di link di bawah
Wassalam. . .

- 29 Mei Yang Dilupakan ; http://ismashahalam.net/v1/29-mei-yang-dilupakan/
- Peribadi Sultan Muhamad Al-Fateh ; http://pembinaselangor.com/?p=498
- Muhammad Al-Fatih : Sebaik-baik Pemuda dan Pemimpin ; http://mansurah.ismamesir.com/?p=120
Wassalam. . .