Kamal Aqili, KLIA, Jamuan Raya dan Kompleks PKNS
Assalamualaikum w.b.t.
Apa kaitannya antara KLIA dan jamuan raya??Apatah lagi antara keduanya dengan saudara Kamal Aqili??Dan juga kompleks PKNS?? Secara mudahnya, memang tiada apa-apa kaitan pun antara keempatnya.. Namun, pada malam 2 Oktober 2009 yang lepas, keempatnya berkait dengan hidup saya.
Saya dan sahabat, Muhammad Zulfikar Azlan Syarif bergegas ke KLIA untuk menghantar seorang sahabat kami yang melanjutkan pelajaran di bumi United Kingdom. Pelbagai halangan yang kami tempuhi. Dan setelah bermacam aksi-aksi ngeri dari kami, akhirnya kami tidak dapat (diulangi, TIDAK DAPAT)berjumpa dengan sahabat kami tersebut kerana terlewat hanya beberapa minit.
Semoga Kamal Aqili sentiasa gembira di samping negeri barunya itu..
Dan pada malam itu juga, kami berkesempatan berjumpa dengan ramai tokoh dan sahabat seperjuangan yang turut hadir ke KLIA untuk menghantar saudara Syed Ahmad Isra' dan saudara Shihab Rashidi ke bumi Mesir.
Keesokan paginya, kami berdua bersama-sama saudara Muntaziri Tholaat bergegas ke Dewan Cempaka, Kompleks PKNS Bangi untuk menghadiri jamuan Aidilfitri PEMBINA DHL..

Macam-macam ada, itulah perkataan terbaik yang boleh diungkapkan ketika melihat program-program mendatang yang disediakan oleh PEMBINA DHL. Ruuuugi kalau tak joinnn.. Betul tak Ipin?? Betol betol betol..
Lagi kisah di KLIA terdapat di sini.(si-kacamatahitam.blogspot.com)
Lagi kisah di Kompleks PKNS terdapat di sini.(pembinadhl.blogspot.com)
~Pengajaran yang terdapat dalam post kali ini:
- berusaha menepati waktu dan elakkan dari tersesat jalan di masa-masa yang suntuk
- pastikan kad touch n go anda berisi semasa mencalitkannya di kotak yang disediakan
- elakkan dari meletakkan sebarang kad lain berhampiran dengan kad touch n go anda untuk mengelakkan daripada tersilap memberi kad kepada pekerja tol
- pandu dengan cermat dan ingatlah orang tersayang
- elakkan daripada berlari-lari di kawasan KLIA
- belajar bersungguh-sungguh untuk terbang ke luar negara secara percuma
- kurangkan pengambilan gula dalam makanan di musim rumah terbuka ini
- banyakkan bersukan setalah makan dengan banyak di bulan Syawal
- tingkatkan tahap ketawakalan anda kepada Allah SWT di saat anda sudah berusaha sebaiknya
- yang lain, mungkin saudara Azlan boleh tambahkan kot..
Wassalam . .