18 October 2009

Khaibar oh Khaibar...

Assalamualaikum w.b.t.

"Khaibar Khaibar Ya Yahud!!"
"Jaisyu Muhammad Saufa Ya'ud!!"


Ramai di antara kita yang terpekik-pekik melaungkan kata-kata semangat di atas setiap kali adanya demonstrasi mahupun rapat umum membantah kekejaman Israel Laknatullah. Tidak dinafikan adanya di antara kita yang tidak faham pun makna kata-kata di atas. Apatah lagi yang tidak tahu apa pun tentang maksud disebalik laungan di atas.

Sebelum berceloteh lanjut, suka saya kongsikan maksud laungan keramat di atas untuk mereka yang tidak mengerti..

"Khaibar Khaibar Ya Yahudi!!"

"Tentera Muhammad pasti kembali!!"

Apakah kenemengenanya Yahudi dengan Khaibar?? Apatah lagi dengan tentera Nabi Muhammad SAW??

Secara ringkasnya kota Khaibar merupakan kota terakhir kaum Yahudi di tanah Arab yang belum berada di bawah kekuasaan Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW. Selepas termeterainya Perjanjian Hudaibiah antara umat Islam dan kaun Quraisy, Islam telah memasuki satu era baru iaitu era kebebasa berdakwah. Ini disebabkan salah satu daripada syarat perjanjian Hudaibiah yang memberi peluang kepada penduduk pada ketika itu untuk memilih mana-mana agama yang disukainya. Hal ini memberi peluang yang besar kepada umat Islam untuk menyebarkan Islam ke seluruh tempat.

Era kebebasan berdakwah ini dibahagi kepada dua fasa, iaitu fasa pertama penyebaran Islam kepada negara-negara lain melalui pengutusan surat kepada kerajaan Mesir, Rom, Parsi dan lain-lain lagi. Dan yang keduanya adalah aktiviti ketenteraan iaitu membersihkan ancaman-ancaman yang berda di sekitar Madinah iaitu menyerang Khaibar.

Pengenalan Khaibar

Khaibar merupakan kota terakhir kaum Yahudi yang amat besar dan kuat dan berada di bahagian utara kota Madinah. Khaibar merupakan tempat berkumpulnya semua jenis kaum Yahudi yang dihalau dari kota Madinah sebelum ini seperti Bani Nadhir, Bani Quraizah dan lain lagi. Khaibar mempunyai kubu-kubu besar dan pertahanan yang kuat serta utuh. Khaibar dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian pertama yang mempunyai lima kubu dan bahagian kedua yang mempunyai dua buah kubu.

Walaupun kedudukan Khaibar yang berada di utara kota Madinah memudahkan tentera Islam memasukinya dari arah selatan Khaibar, namun Rasulullah SAW telah memilih untuk memasuki Khaibar dari arah utara yang melalui bukit-bukau. Ini merupakan srategi Rasulullas SAW yang ingin mengepung kaum Yahudi dari lari ke Syam yang terletak di utara Khaibar. Jika penduduk Khaibar melarikan diri ke arah selatan, mereka akan dikepung oleh umat Islam yang berada di kota Madinah.

Road to Khaybar

Semasa dalam perjalanan, Rasululah SAW telah melantik dua orang penunjuk jalan untuk menunjukkan jalan menuju ke Khaibar dari arah utara. Bukan sebarang orang yang mengetahui jalan memasuki Khaiabra dari arah utara tambah-tambahan melalui kawasan bukit-bukau yang terdapat di situ.

Terdapat beberapa kejadian yang berlaku dalam perjalanan tentera Islam menuju ke Khaibar yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

Yang pertama adalah pabila Salamah b al-Aqwa meminta saudaranya Amir b al-Aqwa untuk bersyair. Lalu Amir b al-Aqwa pun bersyairlah dengan memberi semangat jihad kepada saudarnya itu. Pabila Rasulullah SAW mendengar Amir b al-Aqwa bersyair, Baginda berdoa agar Allah SWt merahmati Amir b al-Aqwa. Sahabat-sahabat yang mendengar sabda Rasulullah SAW tersebut lantas mengucapkan tahniah kepada Amir b al-Aqwa kerana mereka tahu jiak Rasulullah SAW mendoakan kerahmatan kepada seseorang, beliau akan syahid dalam medan peperangan.

Yang kedua adalah pada ketika tentera Islam sampai ke satu bukit yang membolehkan mereka melihat Khaibar, lantas menimbulkan rasa semangat kepada mereka. Lalu merakapun bertakbir dan bertahmid sekuat hatinya. Lalu Rasulullah SAW meminta mereka agar tidak bertakbir terlalu kuat kerana Allah SWT itu Maha Mendengar.

Dan yang ketiga adalah ketika Rasulullah SAW meminta sahabat membawa bekalan makanan yang ada lalu sahabat membawa roti yang sedikit jumlahnya. Lalu Rasulullah SAW menguli roti tersebut dan roti tersebut menjadi banyak dan boleh dimakan oleh semua tentera Islam.

Ini adalah muqadimah awal tentang kisah peperangan Khaibar. Terdapat banyak peristiwa menarik yang berlaku semasa peperangan Khaibar yang perlu diketahui oleh kita semua. Antaranya ialah kehebatan Ali b Aabu Talib berlawan dengan panglima-panglima Yahudi yang menjaga setipa kubu di Khaibar, harta rampasan yang amatlah banyak yang berjaya diraih oleh umat Islam dan lain-lain lagi.

Untuk sambungan jalan cerita ini, marilah sama-sama kita hadir ke Kuliah Sirah yang berlansung di LT 2, Bangunan Ekonomi, UIAM pada hari Selasa ini jam 8.00malam. Dan untuk mereka yang berada jauh dan tak mampu untuk datang, bolehlah mendengar rakaman audionya yang boleh didapati di laman web rasmi Kuliah Sirah, kuliahsirah.wordpress.com ataupun tunggu sahaja update daripada saya tentang perperangan Khaibar(tu pun kalau saya rajin..hee).

Dah faham tu, bolehlah jerit semangat-semangat sikit..

"KHAIBAR KHAIBAR YA YAHUD!!"
"JAISYU MUHAMMAD SAUFA YA'UD"

~Promo Kuliah Sirah sikit..

Wassalam . .

Comments
3 Comments

3 komen:

Anonymous 18 October, 2009 22:29  

Salam, wah, kan menarik kalau Aizat tulis macam ni selalu ^_^

informatif dan ilmutif

hehe~

mzabms 29 October, 2009 12:50  

Salam..bgus akhi.teruskan smngat menulis..teringat msa di save gaza

THEASF 01 June, 2010 19:09  

Jazaakallah ya Aizat..

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP