31 May 2010

Berusahalah demi Gaza ! !

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini, kita dikejutkan dengan serangan tentera Israel Laknatullah ke atas kapal yang membawa misi kemanusiaan membantu rakyat Gaza. Lebih kurang 20 orang sukarelawan telah terbunuh dan berpuluh-puluh lagi disahkan cedera. Sekarang, kapal itu sedang ditunda oleh pihak Israel dengan membawa bersama aktivis-akitivis kemanusiaan yang lain.

Malaysia juga turut terlibat sama dalam misi menghantar bantuan ini kepada Gaza. Seramai 12 orang rakyat Malaysia turut bersama-sama aktivis kemanusiaan lain yang terdiri daripada masyarakat seluruh dunia.Selain mereka, terdapat juga terdapat ahli parlimen dari Eropah, kanak-kanak, orang tua, wanita di dalam kapal tersebut. Semuanya tidak bersenjata.

Itu kisah mereka, menggadaikan nyawa untuk membantu rakyat di Gaza. Ingat! Tidak kesemuanya beragama Islam. Mereka ke sana atas dasar kemanusiaan, simpati terhadap nasib rakyat Gaza yang terkepung di tanah air sendiri. Jiwa manusia mana yang tidak tersentuh mendengar khabar bahawa mereka di Gaza tidak mempunyai tempat tinggal akibat dibom. Jiwa mana yang tidak tersentuh mendengar mereka sudah ketandusah bekalan makanan.

Itu kisah mereka.

Bagaimana kita di sini? Masihkah hanya menyalahkan negara Arab yang tidak membantu? Masihkah hanya melihat dan tidak mengambil apa-apa tindakan? Bukan kita tidak tahu kekejaman Israel selama ini, tapi ada pernah kita kisah?? ADA PERNAH KITA KISAH??

Orang-orang bukan Islam pun prihatin terhadap nasib mereka di Gaza, apakah kita yang mengaku beragama Islam, hanya melihat saudara kita di Gaza dibantai?

Ayuh! Lakukan sesuatu semampumu. Hayatilah, selamilah, kesengsaraan mereka di sana. Lalu bertindaklah sedaya-upayamu..
Paling mudah, BOIKOTlah barang-barang yang membantu menjana pendapatan ekonomi Israel.

Namun, tidak logikkan jika orang yang masih tidak sempurna bilangan solatnya, tidak menutup auratnya, masih be'ringan-ringan' dengan pasangan masing-masing, masih berpegang-pegangan tangan dengan orang yang haram disentuh, masih ke kelab malam, dan lain-lain lagi, mengaku cintakan saudara di Gaza. Logikkah jika dengan peribadi seperti ini, mengaku sanggup berjuang ke bumi Gaza?

Usaha paling utama yang harus dilakukan adalah perbaikilah dirimu, nescaya usaha-usaha lain akan menyusul dengan sendirinya.

Seorang Muslim yang sebenarnya pasti akan cintakan saudaranya, pasti prihatin nasib saudaranya, pasti akan membantu sedaya-upaya saudaranya. Semuanya bertunjangkan iman kepada Allah SWT dan hubungan persaudaraan sesama Muslim.

Mulakan dengan diri sendiri, dalam masa yang sama bantulah mereka yang memerlukan.

Tiga langkah mudah demi membantu Gaza

  1. Perbaikilah diri sendiri. Berusahlah menjadi seorang Muslim yang sejati
  2. Peduli dan prihatin dengan nasib saudara kita di Gaza
  3. Bantu dan fahamkan orang lain tentang apa yang berlaku di Gaza
Demi Gaza! Berusalah demi Gaza ! !

Wassalam. . .

Comments
3 Comments

3 komen:

Abdul Rahman Fauzi Al-Qari 01 June, 2010 09:30  

wakil aman palestin xde ke??

Abdul Rahman Fauzi Al-Qari 01 June, 2010 09:30  

wakil aman palestin xde ke??

Nor Aizat Rahimi B Rostam Rahimi 01 June, 2010 12:44  

tiada wakil amanpalestin bersama-sama dalam misi penghantaran bantuan yg diketuai oleh IHH ini..

amanpalestin mempunyai pejabat sendiri di dalam Gaza..jadi penyaluran bantuan dilaksanakan terus dari pejabat amanpalestin di malaysia ke pejabat amanpalestin di gaza..

maklumat lanjut, sila ke link ini -
http://amanpalestin.net/beritapenuh.php?action=fullnews&showcomments=1&id=4

dan berita terbaru yg disiarkan oleh TV3 tentang pejabat amanpalestin di Gaza boleh ditonton di -
http://www.youtube.com/watch?v=Dh6lSU5vrHk

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP