Kejar Kerja Sampai Kejang
Assalamualaikum w.b.t.
Bersembang dengan ikhwah-ikhwah yang sudah bekerja, membuatkan saya menjadi gusar. Bagaimanakah hidupku nanti selepas bekerja? Adakah aku akan disibukkan dengan kerja yang melampau? Atau adakah aku akan sibuk bekerja mengumpul harta hingga meninggalkan jalan yang telah dilalui semasa tempoh belajar ini?
Orang-orang lama selalu cakap, tapisan pertama dalam dakwah adalah ketika seorang akh masuk ke alam pekerjaan. Masa itu barulah kita boleh melihat sama ada akh terbabit benar-benar setia dengan jalan dakwah ataupun menganggap jalan ini hanya dilalui ketika mempunyai waktu-waktu yang lapang.
Tak kurang juga selalu mendengar dari ikhwah-ikhwah yang senior betapa perlunya saya menggunakan masa belajar sekarang dengan sebaik-baiknya. Katanya pabila sudah mula memasuki era pekerjaan, masa amat singkat. Pagi bekerja di pejabat, malam bawa balik kerja ke rumah. Bila masa handak ke usrah? Hendak ke daurah? Hendak ke mukhayyam apatah lagi. Hal ini semakin membuatkan saya merasa takut melangkah ke alam pekerjaan.
Itu belum masuk hal integriti dalam bekerja lagi. Lagi-lagi dunia kejuruteraan. Rasuah, hadiah, di merata-rata. Sampai ada kontraktor muda yang pernah saya jumpa cakap - "Nanti ada syurga khas untuk kontraktorla, pasal dorang semua ikut perintah Allah SWT elok-elok, tapi takleh tinggalkan bagi hadiah/rasuah". Wah, tak boleh nak tinggal cari kabel nak dapat projek dan lain-lain. Kadang-kadang terfikir di benak hati saya betapa senangnya nanti kalau dapat bekerja sendiri. Dapat juga menyahut seruan Imam As-Syahid Hasan Al-Banna untuk memajukan ekonomi orang Islam dengan cara bekerja sendiri. Takpun susah-susah mohon je jadi pensyarah. InsyaAllah selamat dari kekotoran kerja. Haiysh~
Walaupun lambat lagi(3 tahun paling awal) untuk saya mula bekerja, namun bahang itu telah mula saya rasai dari hari ini. Kalau dulu perkara yang sinonim dengan saya tentang kerja adalah hari pekerja kerana pada hari itu sekolah-sekolah akan cuti, namun sekarang ruang itu amatlah luas dan lebar.
Kepada semua pekerja-pekerja di Malaysia, SELAMAT HARI PEKERJA diucapkan. Gunakan cuti pada hari ini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
Dan kepada pekerja yang terpaksa bekerja pada hari ini, turut saya ucapkan SELAMAT HARI PEKERJA. Namanya pun hari pekerja, jadi pada hari inilah anda perlu menunjukkan komitmen anda sebagai seorang pekerja. Bak kata seorang akh Syukri Ismail, kalau nak cuti, kena tunggu Hari Penganggur la.
Wassalam . . .