Sihatkan Tubuh Badan Anda!
Assalamualaikum w.b.t.
Bila berlari anda kemengahan. Bila berjoging anda ketinggalan. Bila bermain bola anda yang paling malas bergerak. Dan bila riadah sudah hampir habis, andalah orag yang paling gembira sekali. Ketahuilah, andalah insan yang sedang mengalami masalah dengan tubuh badan anda. Kurang berstamina, lemah daya tahan dan bermacam-macam lagi masalah stamina yang berkaitan dengan tubuh badan sedang anda hadapi.
Saya bukanlah seorang pakar sukan mahupun doktor untuk mengulas perkara ini lebih lanjut, namun terdetik di hati saya untuk menulis sedikit tentang perkara ini agar menjadi pemangkin semangat kepada saya untuk mengatasi masalah ini! Mengah selepas hanya berlari sepusingan padang, malas berlari ketika bermain futsal, cepat letih tubuh badan, rasa ingin tidur yang berpanjangan dan bermacam-macam lagi masalah ketahanan badan yang sedang saya alami amatlah memeritkan. Tambahan pula di waktu sekolah dahulu, saya merupakan seorang ahli sukan yang benar-benar aktif. Ditambah lagi dengan penambahan berat badan sebanyak 15kg sepanjang 2 semester di UIAM amatlah menambahkan beban kepada masalah ini. Baju menjadi kecil, seluar makin sempit. Owh! Beratnya masalah ini pada diri saya.
Penganut Islam yang syumul dalam kehidupannya mestilah seorang Muslim yang sihat, kuat dan tahan lasak. Perkara ini disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya iaitu :
Muslim dizaman awal Islam merupakan mereka yang kuat tubuh badannya. Siapa tidak kenal kepada ketangkasan Singa Allah - Hamzah b Abd Mutallib r.a., pedang Allah - Khalid b Al-Walid r.a, Ali b Abi Talib r.a., Abu Dujanah r.a., Usamah b Zaid r.a. dan lain-lain lagi pahlawan Islam yang gagah perkasa. Bagaimana Muadz b Amr r.a. dan Muawidz b Afra r.a. diterima ke medan Badar walhal baru berusia 13 dan 14 tahun kalau bukan kerana tubuh badan mereka yang kuat dan gagah. Inilah contoh-contoh mereka yang gagah perkasa yang terdiri daripada generasi pertama umat Islam di muka bumi ini.
Jadi untuk saya dan anda-anda yang sedang mengalami masalah tubuh badan ini juga, merilah bersam-sama kita mengambil tindakan sepatutnya.
Disiplin dalam bersenam

Hari ini turu, esok petang sudah diserang kemalasan. Daripada tiada masa hinggalah alasan tidak mahu baju menjadi kotor. Macam-macam alasan diberikan untuk membolehkan diri tidak bersenam. Janganlah segala usaha kita hanyalah seperti hangat-hangat tahi ayam. Yang sedikit tetapi berterusan itu lebih baik daripada senaman banyak yang setahun sekali.
Buat jadual senaman
Peruntukkanlah sekitar sejan sehari intuk kita bersenam, tidak kiralah berjoging, bermain futsal, bermain badminton dan lain-lain lagi. Dan pastikan kita berdisiplin dalam mengikut jadual waktu ini.
Jaga pemakanan anda
Nafsu makan memang besar. Tambahan pula apabila anda tinggal di tempat seperti di UIAM Gombak. Bermacam-macam jenis makanan boleh didapati. Dari pedas, yang manis, dari Somalia bahkan Bosnia, macam-macam ada. Jadi disini kepintaran menjaga pemakanan dan nafsu makan amatlah diperlukan.
Berkawan dengan mereka yang aktif
Ini perkara biasa didengar, kawan-kawan kita akan mencorakkan kehidupan kita. Pilihlah untuk bersama dengan kawan-kawan yang aktif bersukan.
Ini yang sempat saya fikirkan, dan saya berharap agar anda boleh berkongsi lagi cara-cara lain yang boleh membantu saya dan orang-orang yang menagalami masalah yang saam seperti saya. Buah fikiran anda saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Banyak kelebihannya pabila kita ini sihat tubuh badan. Kondisi medan dakwah zaman ini memerlukan daie yang mempunyai tenaga yang kuat. Bekerja di siang hari, berdakwah di malam hari dan beruzlah di pagi hari. Dan juga tempat bersukan merupakan tempat yang baik untuk seorang daie bersosial dan mencari mad'u-mad'u baru, bukan hanya di masjid ataupun di musolla. Dan juga tidak dilupakan juga bahawa bersukan juga merupakan sejenis ibadat kepada Allah SWT.

Moga-moga dengan tulisan ini saya lebih bersemangat untuk kembali berusaha menyihatkan semula tubuh badan ini, dan menjadi seorang mukmin yang kuat. Ayuh! Mari bersama-sama kita katakan pada diri kita yang kita akan berusaha untuk menjadi seorang yang rajin beriadah!
~ Dijemput turun ke riadah PEMBINA Gombak di Male Sport Complex UIAM Gombak setiap Ahad jam 8.00pagi. Maklumat lanjut boleh hubungi saya. Kata tadi nak berubah nak rajin riadah.
Wassalam . . .