Alhamdulillah.. Semua urusan sudah selesai. Ketentuan Allah SWT, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Harinya, jamnya, minintnya, saatnya, bahkan detiknya sudah ditentukan oleh Allah SWT. Nenda tercinta, Sapiah Bt Saat pergi hanya selepas sebulan pemergian suaminya yang tercinta, Hashim B Baharuddin dalam bulan Ramadhan tempoh hari. Selama ini, tidak pernah sekalipun opah bertanya apa-apa tentang kemeninggalan atok, kerana waktu atok meninggal, opah masih berada di dalam wad di hospital.
Pemergian dua orang insan yang menjaga saya semenjak dari berumur 2 minggu sehingga saya melanjutkan pelajaran, atok dan opah pastilah sangat memberi kesan kepada saya. Sehingga tiada apa yang dapat saya tangiskan semasa pemergian opah saya kerana masih sedih dan terasa dengan pemergian atok saya yang dikasihi, sebelum Hari Raya Aidilfitri tempoh hari.
Mungkin Allah SWT sedang berbicara dengan saya melalui ayat-ayat cintaNya :
"Tiada suatu bencana yang menimpa di bumi, dan tiada pula pada dirimu sendiri, melainkan ada(tertulis) di dalam kitab(Loh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah mengadakannya. (Ketetapan yang demikian) Supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."
(Surah Al-Hadid, 57 : 22-23)
Setiap yang berlaku sudah ditetapkanNya..
Sebagai hamba, kita harus menerimanya..
Moga ini sahaja yang dapat saya usahakan. Berdoa dengan setulusnya, mengharapkan belas dan rahmah Allah SWT kepada opah dan atok saya. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
"Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak soleh yang selalu mendoakannya."
(Riwayat Muslim)
Moga Allah merahmati kalian, opah dan atokku...
Tiada lagi waktu bersama..
Tiada lagi pulang ke Taiping menemui mereka..
Tiada lagi segalanya..
Yang ada hanyalah KENANGAN kita bersama..
Yang tinggal adalah ilmu yang berguna..
Yang tinggal hanyalah perjuangan yang perlu ku teruskan..
Dan yang tinggal adalah diriku menunggu menyusur kalian di sana..
InsyaAllah......
InsyaAllah, di syurga nanti, kita kan kembali bersama..
|
Gambar terakhir bersama, 1 Syawal tempoh hari |
|
Ya Allah, permudahlanlah urusan mereka di alam sana..
Ya Allah, permudahkanlah urusanku di dunia, dan juga di alam sana..