28 September 2010

Riadah itu Mudah

Sedang saya menjamah kenduri walimah saudara Afiq Ibrahim tempoh hari, saya terdengar sembang-sembang antara saudara Bilal Jailani dan Pakcik Rosli yang makan semeja dengan saya. Kata Pakcik Rosli yang terkenal di kalangan ikhwah dengan stamina dan kecergasannya, kita perlu ubah gaya pemikiran kita setiap kali kita beriadah.

Kita tergolong dari golongan yang akan bersukan pada setiap petang, tetapi kenapa aktiviti itu tidak membawa kepada terhasilnya badan yang sihat? Menurut Pakcik Rosli, hal ini kerana kita tidak mensetkan minda kita yang kita akan bersukan, berpeluh dan lain-lain. Kita selalunya akan turun bermain dengan fikiran ingin bersuka-ria sahaja. Lalu, yang kita dapat hanyalah badan yang penat, tetapi bukan badan yang sihat. Ini tidak dapat saya nafikan, selalunya saya akan turun beriadah di petang hari tanpa minda yang benar-benar bersedia untuk bersukan, lalu saya akan bermalas-malasan dalam riadah tersebut. Jogging tidak bersungguh, hanya tunggu bola, malas berlari mencari bola dan macam-macam lagi.

Badan cergas, akal cerdas, dakwah kemas!
Kenapa setiap hari kita berjalan kaki sejauh hampir 1km untuk pergi dan balik kelas, tetapi tidak membawa sebarang perubahan kepada kesihatan tubuh badan kita? Ini disebabkan kita telah meletakkan di minda kita bahawa kita hanya berjalan kaki ke kelas. Seharusnya kita meletakkan aktiviti berjalan kaki ke kelas itu sebagai satu riadah. Setiap kali keluar dari pintu bilik, kita niatkan yang kita akan beriadah dengan berjalan kaki menuju ke kelas. Dengan itu, minda akan merencanakan badan kita untuk mengambil postur-postur badan seorang yang sedang beriadah, sebagai contoh mungkin berjalan sedikit laju, mengerak-gerakkan pinggang, atau apa-apa gaya seperti seorang pelumba jalan kaki mungkin.

Saya dah pun mencubanya tempoh hari. Daripada Mahallah Uthman ke Kulliyyah  of Engineering akan memakan masa lebih kurang 15 minit dengan berjalan kaki secara normal. Namun, dengan mempraktikkan tips-tips yang diperoleh tempoh hari, saya berjaya sampai hanya dalam masa lebih kurang 8-9 minit. Di samping itu, terasa seperti otot-otot badan baru selesai beriadah, dan semestinya peluh yang menyihatkan badan juga akan keluar ketika itu. Terima kasih kepada Pakcik Rosli atas tips yang berguna ini!

Dan semestinya, tips ini selari dengan hadis ini :

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mengatur minda anda untuk bersenam, samalah dengan berniat untuk bersenam. Di sinilah menunjukkan pentingnya niat dalam segenap aspek kehidupan. Jalan kaki yang mudah begini pun boleh mendapat pahala berlipat ganda jika diniatkan kerana menuntut ilmu di jalan Allah SWT.

Ayuh, peluh-peluh kan diri anda, buang segala lemak yang didapati dari lemang, rendang, ketupat, lontong, dan lain-lain juadah raya yang anda telan tempoh hari.

Owh, saya juga tidak terkecuali :)

Comments
4 Comments

4 komen:

Anonymous 28 September, 2010 20:28  

Entry yang menarik, tak semestinya riadhah itu dilakukan di padang bola, di taman rekreasi dan seumpama dengannya. tetapi riadhah dapat dilakukan di mana2 dan tak kira waktunya. Syukran ala hazihi maklumat.

Afif Yahya 28 September, 2010 20:29  

Entry yang menarik, tak semestinya riadhah itu dilakukan di padang bola, di taman rekreasi dan seumpama dengannya. tetapi riadhah dapat dilakukan di mana2 dan tak kira waktunya. Syukran ala hazihi maklumat.

Anonymous 01 October, 2010 11:54  

Bilal Jailani says...

Agaknya apa lagi yang perlu kita setkan, supaya hadis niat tu betul2 diamalkan dalam seluruh kehidupan?

Nor Aizat Rahimi B Rostam Rahimi 02 October, 2010 23:16  

rasanya tido pun boleh dipratikkan benda2 set ni..dgn setkan tempoh kita tido, at least kita xkan bermalas2an bile dgr alarm jam kita berbunyi kan?

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP