Jom Menyanyi
Pada 25 September yang lalu, saya bersama beberapa orang ikhwah daripada Gombak , menuju ke Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR), di celahan hutan di Ulu Yam. Pemergian kami adalah di atas jemputan SEMASHUR Islamic Society (SIS) yang menganjurkan Malam Inspirasi Nasyid 2010. Kami dijemput menjadi VIP bagi program tersebut atas tiket Kelab Remaja ISMA (KRIM) yang mempunyai hubungan rapat dengan SIS.
UNIC semasa persembahan |
Sebahagian peminat yang memenuhi dewan |
Sesi fotografi bersama UNIC |
UNIC dah berubah. Itu pandangan saya setelah berakhir persembahan tersebut. Tiada lagi lagu-lagu cintan, sebaliknya album baru mereka penuh dengan kematangan, selari dengan usia mereka yang sudah menigkat belia. Dan kehebatan UNIC menguasai pentas ditambah dengan kemampuan memberi motivasi, amat mengagumkan
Yang paling penting sekali adalah sembang-sembang saya bersama dengan salah seorang ahli kumpulan ini, iaitu saudara Fadzli, yang merupakan lepasan UPM dalam jurusan Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling). Katanya, sekarang ramai kumpulan nasyid baru muncul, tetapi ingin mencari yang mempunyai roh, sangatlah sukar. Tambahnya lagi, ada ahli kumpulan nasyid yang akhlaknya di luar pentas, tidak lansung mencerminkan dirinya sebagai seorang penasyid, atau erti kata lain penyeru agama Allah.
Roh. Saya pernah mendengar kumpulan nasyid membuat persembahan di pub, saya juga ada melihat penasyid yang dalam Facebooknya tidak menutup aurat, bahkan berapa banyak lagi ahli kumpulan nasyid yang bercintan-cintun dengan kekasih hati.Peserta-peserta pertandingan nasyid, tidak semuanya menjaga akhlak baik. Inilah kurangnya roh yang saudara Fadzli maksudkan kepada saya. Dan kita lihat bagaimana fenomena mahermania yang melanda masyarakat di Malaysia, bagi saya sudah tentunya kerana roh yang dimiliki oleh penyanyi tersebut seperti yang diceritakan oleh backup singer beliau sewaktu Maher Zain datang membuat persembahan di Mesir.
Jadi, bagaimana? Kita yang kononnya mempunyai atau setidaknya memahami roh ini hanya berdiam diri? Terfikir dalam hati, adakah tanggungjawab dan beban menjadi penasyid yang mempunyai roh juga sudah terbeban di bahu saya?
Saya nyanyi, anda tentukan. . .
Adik-adik SIS bersama UNIC. Moga-moga lahirnya remaja-remaja sekolah lain seperti mereka ini, yang bersungguh menggerakkan dakwah di sekolah mereka |