11 October 2010

Berjihad ke Masjid

Semenjak dua menjak ini, saya asyik terfikir tentang jumlah jemaah di Masjid UIA. Jika di bulan Ramadhan, hampir setiap malam pelajar akan berjemaah Isya' dan Terawih di Masjid UIA. Namun kini, hanya musolla Mahallah sahaja yang sering dipenuhi. Secara jujurnya, saya juga tidak terkecuali. Jauh menjadi alasan utama kami. Terfikir semula saya, jauh Masjid UIA itu di bulan Ramadhan dengan sekarang bukannya berubah pun.

Sekarang, saya sedang menghabiskan sebuah buku keluaran Telaga Biru, Masjid Itu Hidupku. InsyaAllah, selepas habis nanti, jika diizinkan Allah SWT, saya akan berkongsi tentang buku tersebut. Sangat berguna. Dari buku tersebut, saya terjumpa satu hadis yang sangatlah best.

Dari Abu Umamah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasululah SAW bersabda :
Pergi ke masjid di waktu pagi dan petang adalah sebahagian Jihad di jalan Allah.
(Riwayat at-Tabrani)

Dan di masa yang sama, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Australia, sedang rancak dengan kempen Ayuh Solat Di Masjid. Itu di Australia, negara yang umat Islam adalah minoriti, masjid susah nak cari. Kita di Malaysia? Masjid merata-rata, melimpah-ruah banyaknya. Takkanlah kita tidak tercabar dengan seruan dari Australia ini kan?

Jom layan wallpaper dari ISMA Australia!

.

 

Comments
0 Comments

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP