Selami Hati - Pekerja Kedai Makan
Sementara menunggu tawaran untuk menyambung pelajaran selepas SPM dahulu, saya telah mengisi masa lapang tersebut dengan bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran terkemukan di bumi Taiping. Walaupun tidak lama (sebab dah cukup duit nak beli handphone masa tu), tetapi pengalaman yang saya dapat amat berguna sehinggalah sekarang. Ini antara beberapa perkara yang saya belajar dan berguna untuk anda juga dalam usaha menyelami hati pelayan-pelayan ini :
Pekerja Kedai Makan sedang melaksanakan tugasnya dengan tekun dan sabar. -Gambar Hiasan- |
Bila makan ayam, tulang dibuang atas meja. Buang kulit udang pun diletak juga atas meja. Belum kira nasi jatuh dari pinggan, kuah sup tumpah dan segala macam benda lagi atas meja. Sebelum kerja, saya juga antara kelompok manusia yang suka-suka mengotorkan meja.Bukan mudah membersihkan sisa-sisa makanan anda yang berada di atas meja itu. Anggaplah anda sedang makan di rumah di mana anda pasti tidak suka terpaksa membersihkan banyak perkara selepas makan.
2. Jaga Anak Kecil
Bagi keluarga yang membawa anak kecil ke kedai makan, sedarlah bahawasanya anda sekeluarga sedang diperhatikan oleh pelayan-pelayan kedai makan tersebut. Selalunya keluarga ini akan meminta pinggan kosong untuk memudahkan anaknya 'bermain' dengan makan tersebut. Sudah pasti segala macam makanan akan tumpah dan menyusahkan pekerja untuk membersihkannya nanti.
3. Fikir Makanan Awal-Awal
Bila duduk, terus panggil pelayan kononnya nak order. Bila pelayan datang, ambil masa dekat 10 minit nak fikir minuman. Anda harus sedar, pelayan ini mempunyai banyak lagi kerja lain yang harus disiapkan, bukan hanya menunggu anda berfikir. Seeloknya fikir dahulu makanan yang ingin ditempah sebelum anda masuk ke kedai makan tersebut, dan jangan sekali-kali bertanya "apa ada kat kedai ni?" ketika mana senarai makanan sudah ada di tangan anda. Itu pasti membuatkan pelayan yang berkejaran itu menyumpah anda di dalam hati.
4. Senyum Mengambil Hati
Senyum adalah satu cara yang paling mudah sekali untuk menambat hati manusia. Seeloknya sebagai pelanggan, tiada salahnya anda melemparkan senyuman kepada pelayan yang penat membanting tulang bekerja mencari sesuap rezeki. Jangan nampakkan perbezaan antara pelanggan dan pelayan seperti tuan dan hamba abdi. Dengan cara ini, pelayan pasti senang hati dengan kehadiran anda.
Ada beberapa perkara lagi yang sepatutnya kita faham ketika mana berurusan dengan pekerja di kedai makan ini. Kita harus sedar, yang setiap daripada mereka juga mempunyai hati dan perasaan. Kita tidak tahu, mungkin pekerja ini yang akan menjadi saham kita di hari akhirat nanti. Dan tidak mustahil, pekerja kedai makan ini boleh menjadi prospek dalam usaha kita mengembangkan agama Islam. Tunjukkan teladan yang baik, dengan cara memahami dan menyelami hati dan perasaan mereka.
Mari selami hati manusia,
Dari hati, terus cinta :)