21 May 2011

Rokok & Tandas

Dua tiga hari lepas, saya mula terfikir tentang sesuatu. Kenapa pelajar-pelajar yang tinggal di hostel mahupun asrama, minat betul untuk menghisap rokok di dalam tandas asrama? Saya pasti perkara ini adalah perkara biasa yang dapat kita lihat di persekitaran kita.

Tolak sekejap cerita tentang bahaya rokok, saya mula terfikir, bagaimana boleh perokok-perokok ini merokok di dalam tandas yang terkenal dengan tempat yang kotor. Meletakkan sesuatu di bibir, dalam masa yang sama sedang membuang najis! Eeiiii..!! Sungguh menjijikkan. Bagi saya ia seumpama anda sedang menghisap lolipop di dalam tandas. Jijik bukan?

Fikir punya fikir, akhirnya saya membuat keputusan untuk bertanya soalan ini terus kepada perokok-perokok ini. Dan ini adalah sebahagian daripada jawapan mereka :)

Komen setelah dibuang komen lain yang dirasakan tidak menarik. (Identiti pengomen terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu)
Antara yang boleh masuk akal adalah disebabkan asrama adalah zon  larangan merokok, dan tandaslah tempat selamat untuk mengelak daripada dicekup oleh warden. Yang paling menarik adalah untuk cover bau tandas yang sangat busuk.

Ini pula merupakan pendapat peribadi saya tentang hal ini :
  • Merokok membahayakan kesihatan. Silalah berhenti merokok. Ia juga adalah haram di sisi Islam dan merugikan wang anda.
  • Sila jaga kebersihan tandas kita. Pesanan ini kepada perokok yang buang puntung merata dan juga mereka yang tidak berhemah dalam menggunakan kemudahan tandas di asrama.
  • Sistem paksaan bukanlah sistem terbaik dalam mengubah sesuatu perkara. Manusia sentiasa bijak mencari ruang lain dalam sistem yang ketat. Kesedaran bertunjangkan ilmu adalah kunci segalanya.
  • Sila hormati kondisi manusia lain yang sangat benci dengan asap-asap rokok. Hisaplah rokok di dalam plastik agar anda tidak mencemarkan udara yang kami hirup ini, dan kemudia telan semua asap-asap rokok itu berseorangan.
Untuk keterangan lanjut mengenai rokok, klik sini.

Comments
2 Comments

2 komen:

Abdul Munir Sanusi 21 May, 2011 18:46  

Jalan terus. Tunggu apa lagi?

Tidak terlambat untuk berhenti merokok. Kehidupan anda lebih bermakna tanpa asap rokok di dada.

Nor Aizat Rahimi B Rostam Rahimi 21 May, 2011 19:10  

yeah..

keberhentian anda wahai perokok juga menggembirakan kami yg tidak merokok, ia dapat mengurangkan asap2 di dada2 kami..

jalan terus! :)

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP