09 October 2011

Kawan Uighur Saya (Part 2)

Pada 7 Oktober lalu, kawan Uighur saya telah pergi meninggalkan bumi Malaysia. Beliau telah membuat keputusan mengejut ke Turki untuk meneruskan kembara mengejar ilmunya. Di sana beliau akan menyambung pelajaran dalam jurusan perubatan.

Sedih, mengenangkan entah bila agaknya dapat kembali untuk saya bertemu dengannya. Sekejap berkenalan dengannya, membuatkan Uighur terasa dekat di hati saya. Walaupun berbeza bahasa, rupa dan budaya. Walaupun selalu di'pangkah' olehnya, namun di sebalik itu, ikatan ukhuwwah Islamiyah yang ada adalah sangat berharga.

Saya masih ingat saat pertama berkenalan dengannya, ketika sekitar bulan Januari lalu, beliau menegur saya ketika berada di Musolla Ali, dan meminta mengajarnya Al-Quran. Semenjak itu, bermulalah hubungan antara saya dengannya, hubungan antara dua negara, berakidah yang sama.

Saya tahu, dia tak akan pernah baca tulisan saya ini (dia tak tahu Bahasa Melayu), namun banyak yang saya belajar walaupun sekejap perkenalan dengannya.

Jawapannya ketika saya bertanya kepadanya, adakah anda akan kembali ke Malaysia? 

"Yes! I will. I hope when I come back, Malaysia is more Islamic. You have to make Malaysia more Islamic after this."

Ya, tempat yang berbeza, cara yang berlainan, namun harapan yang sama! Islamisasikan dunia!

Terima kasih buat Kawan Uighur Saya - Aideham kerana persahabatan ini. Juga terima kasih untuk roti Uighur yang keras itu, untuk daging masak Uighur yang dibawa dari Uighur, dan juga, yang paling akan mengesani saya, baju rasmi lelaki Uighur, "Kanway" yang dihadiahkannya sebelum meninggalkan Malaysia.

Maafkanlah rakyat Malaysia yang merampas hak anda di tempat kerja, yang menahan gaji anda, yang menghalau anda ketika berurusan di pejabat, yang tak habis-habis segalanya pasal duit, dan yang bermacam-macam lagi ini.

Katanya, walau di Uighur tak nampak Islamnya, tapi Islam tetap di dalam hati mereka. Di Malaysia, Islamnya macam-macam, tapi tiada dalam hati.

Kanway - Baju kaum lelaki Uighur
Moga-moga selepas ini, Muslim Uighur dapat menzahirkan Islamnya mereka, dan juga moga-moga kita Muslim Malaysia dapat menghidupkan Islam di hati kita. Yang penting, USAHA!

~Kawan Uighur Saya (Part 1), tekan sini.

Comments
1 Comments

1 komen:

Aman Uyghur 14 October, 2011 02:09  

Kami daripada pihak Aman Uyghur ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Aideham.

Kami memandang serius nasihat yang telah diberikan Aideham dan sedang merangcang dengan teliti tentang pembangunan Islam di Malaysia.

Kami juga berharap Aideham terus meningkat dan mendapat yang terbaik agar dapat menyumbang yang terbaik di masa akan datang.

Taniah!

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP