27 August 2013

Pengorbanan Kecil-kecilan

Seorang Ikhwah begitu terpukul dalam mesyuarat semalam. Diberikan tugasan untuk disiapkan. Laptop dia pula dicuri dua hari lepas. Esok pula perlu ke kursus selama lima hari.

"Enta pergi la CC ke apa." Kata pengerusi mesyuarat.

Ikhwah tersebut sedar dia telah memberikan alasan.

---

Sekumpulan ikhwah dipanggil untuk ke satu perjumpaan.

Seorang ikhwah terus menjawab "Inshaa Allah ana hadir." Ikhwah ini masih belum tahu apakah kenderaan yang bakal dinaikinya. Samaada pinjam kereta atau kenderaan awam, apa yang pasti ialah dia tahu dia perlu sampai ke perjumpaan tersebut.

Seorang lagi ikhwah beritahu dia tiada kenderaan tapi dia akan menaiki pengangkutan awam.

Ada yang mengatakan dia akan pergi jika ada ikhwah yang boleh tumpangkan.

Ada yang mengatakan "ana tiada kenderaan."

Masih ramai yang terus mendiam kerana berkira-kira dengan jauhnya jarak rumah. Dan empuk pula dengan suasana cuti dan keluarga.
---

Hati aku sangat resah dengan keadaan ikhwah sebegini. Apa yang lebih besar adalah perasaan malu. Hujan begitu lebat di Facebook dengan seruan jihad dan pengorbanan, keluh kesah dan kegelisahan dengan nasib umat Islam tapi di alam nyata, umat masih kemarau dan dahagakan peluh pemuda-pemudi yang sudi membasahi umat. Alangkah indahnya jika hujan lebat di Facebook itu turun ke bumi.

Syahid tidak dikurniakan kepada semua orang. Syurga itu mahal. Semua Ikhwah dan Akhawat tahu akan perkara ini. Kisah keluarga Yassir, pengorbanan sahabat, ikhwah dan akhawat boleh cerita on the spot.

Jalan dakwah ini banyak halangan. Jika halangan itu besar, sangat mudah untuk kita nampak. Tapi halangan-halangan kecil kehidupan yang menarik kita sedikit demi sedikit untuk keluar daripada jalan dakwah atau yang lebih menakutkan, kitalah yang melambatkan dakwah.

Tahap pengorbanan kita perlu selalu semak. Aku gembira melihat ikhwah yang baru pulang kerja terus ke mesyuarat dalam keadaan belum mandi. Bau sedikit tak apalah. Aku gembira melihat ikhwah menaiki moto dua jam untuk tiba menjalankan tugasan dakwah. Aku gembira melihat ikhwah menaiki kenderaan awam tiga jam untuk bertemu dalam program sejam.

Inilah ikhwah-ikhwah yang bekerja. Semoga mereka dikurniakan keikhlasan dan kebahagiaan setimpal dan aku digolongkan bersama mereka!

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka diantara mereka ada yang gugur . Dan diantara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah (janjinya)”. Maka allah memberi balasan pahala kepada golongan siddiqin yang bersikap benar, dan allah memberikan azab kepada orang yang munafik jika ia kehendaki atau mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...”

[ Ahzab ayat 23-24]

 "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

[At-Taubah ayat 24]

Comments
0 Comments

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP