15 September 2011

"Habitually"

Banyak perkara yang akan jadi mudah jika kita biasa melaziminya. Membasuh baju akan menjadi mudah jika anda biasa melakukannya. Memandu kereta manual akan jadi mudah jika biasa. Juga perkara-perkara lain yang akan menjadi lebih mudah jika kita biasa melakukannya.

Dalam masa yang sama, kita diajar untuk melazimi ibadah-ibadah yang berbentuk rutin harian dalam hidup kita. Kita dididik untuk membiasakan diri dengan ibadahseperti solat jemaah, bacaan Quran, zikir Mathurat, dan lain-lain lagi. Namun, yang menjadi masalah adalah apabila kadang-kadang kita melakukan ibadah tersebut kerana sudah terbiasa, dalam keadaan kita tidak sedar. Inilah siptom yang dipanggil "habitual".

Kadang-kadang, bila masuk sahaja waktu azan, sedar tak sedar kita sedang mengambil wudhuk di masjid. Sedang membaca zikir Mathutrat, sedar tak sedar dah sampai ke doa rabithah walaupun mulut berkumat-kamit membaca zikir yang kita sudah biasa. Saya tidak menafikan itu menunjukkan betapa seseorang itu berjaya untuk istiqamah dalam urusan ibadahnya, namun kita harus melihat dari sudut kualiti ibadah tersebut.

Sungguh, dalam aspek ibadah juga, kualiti ibadah yang disertakan dengan hati yang sedar, adalah lebih utama berbanding amalan badan kita yang sudah terbiasa melakukannya. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata :


كَانَتْ أَعْمَالُ الْقَلْبِ الْمُجَرَّدَةِ أَفْضَلَ مِنْ أَعْمَالِ الْبَدَنِ الْمُجَرَّدَةِ . كَمَا قَالَ بَعْضُ السَّلَفِ : قُوَّةُ الْمُؤْمِنِ فِي قَلْبِهِ وَضَعْفُهُ فِي جِسْمِهِ وَقُوَّةُ الْمُنَافِقِ فِي جِسْمِهِ وَضَعْفُهُ فِي قَلْبِهِ  
“Semata-mata amalan hati adalah lebih utama dibandingkan dengan semata-mata amalan badan. Sebagaimana dikatakan oleh para ulama terdahulu : kekuatan seorang mukmin ada pada hatinya dan kelemahannya ada pada jasadnya, sedangkan kekuatan orang-orang munafik ada pada jasad mereka dan kelemahan mereka terletak pada hati mereka” 
(Majmu’ Fatawa Ibnu Taimiyah, Maktabah Asy Syamilah) 

Seawal usia kanak-kanak harus diajar untuk sedar dalam solatnya. (Gambar hiasan)
Ini dengan jelas menunjukkan kepentingan kualiti dalam ibadah tersebut. Semoga kita tergolong dalam golongan yang beribadat dan menghayati setiap daripada ibadat tersebut. Juga semoga kita dijauhkan daripada menjadi golongan yang beribadat sekadar rutin "habitually" apatah lagi daripada golongan yang tidak beribadat.

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ وَنَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ وَعِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ وَدَعْوَةٍ لاَ يُسْتَجَابُ لَهَا
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hati yang tidak khusyu’, dari jiwa yang tidak pernah merasa puas, dari ilmu yang tidak bermanfaat, dan dari doa yang tidak terkabul”
(Hadits riwayat Ahmad, Tirmidzi, dan An Nasa’i) 

Comments
2 Comments

2 komen:

Unknown 16 September, 2011 00:44  

seperti yang dibincangkan dahulu,
Perbahatui Niat!!!

quuuuuu 17 September, 2011 03:09  

Perbahatui? Ha tui???

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP