02 July 2009

Kenangan Dan Pengalaman

Assalamualaikum w.b.t

Pada tanggal 7 Julai 2009M, bersamaan dengan 14 Rejab 1430H, secara rasminya saya akan mendaftarkan diri sebagai salah seorang penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kampus Gombak. Seperti baru semalam di saat saya mula-mula mendaftar di Pusat Asasi UIAM PJ. Terlalu banyak kenangan dan pengalaman manis yang telah saya hadapi sepanjang tempoh di UIA PJ.

Jadi, dalam post kali ini saya akan berkongsi gambar kenangan sepanjang saya bersama Persatuan Belia Islam Nasioanal(PEMBINA) di UIA PJ. Terlalu banyak pengalaman dan ilmu serta macam-macam lagi yang saya dapat pelajari dan fahami sepanjang bersama PEMBINA di UIA PJ ini.
Apa itu PEMBINA? Untuk mengetahui apa itu PEMBINA, anda boleh melayari laman web rasmi PEMBINA di www.pembina.com.my atau klik sini untuk pengenalan PEMBINA

Semestar 3, 2007-2008
________________________________________________________________________________

Lawatan UIA Kuantan

Laporan 'Lawatan UIA Kuantan' di sini.


Semestar 1 2008-2009

__________________________________________________________________________________________

Rehlah Mahabbah Siswa
Laporan 'Rehlah Mahabbah Siswa' di sini.

Explorasi Mencari Diri(Kedah, Pulau Pinang, Perak)

Seminar Asas-Asas Islam Dan Syahadatul Haq

Ihya' Ramadhan 1429H

Seminar Kefahaman PEMBINA


Semestar 2 2008-2009

________________________________________________________________________________________

Raudhah Festival(Ra'Fest 09) IIUM PJ


Seminar Sirah Nabawiyah
Laporan 'Seminar Sirah Nabawiyah' di sini.

Rapat Umum Selamatkan Gaza
Laporan 'Rapat Umum Selamatkan Gaza' di sini.

Perkhemahan Belia Islam
Laporan 'Perkhemahan Belia Islam di sini.

Palestin Week IIUM PJ

Kembara Pantai Timur(Kelantan, Terengganu, Pahang)
Cebisan laporan 'Kembara Pantai Timur' di sini dan sini.

Semester 3

___________________________________________________________________________________________________

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis
Laporan 'Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis' di sini.
Juga di dalam blog saya bertajuk 'Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis, Saya dan Pemuda'. Klik sini untuk melihatnya.

Terdapat juga beberapa program lain yang telah dianjur ataupun disertai oleh ahli-ahli PEMBINA UIA PJ namun atas sebab-sebab teknikal(tiada gambar dalam simpanan peribadi saya), saya tidak dapat menyiarkannya.

Diharap tatapan gambar ini dapat meningkatkan semangat saya untuk lebih berusaha keras pabila di UIA Gombak nanti. Juga diharap gambar-gambar ini dapat menjadi pemangkin semangat kepada ikhwah-ikhwah seperjuangan, Dharma, Fikri, Eqwan, Abqari, Abdul Rahman Fauzi, Hidayat, Faiz, Bazli, Haziq, Farid dan juga yang masih berada di UIA PJ seperti Uzeir, Muslim, Affiq, Hanif, Hafiz, Haikal, Ayzat, Saufwan, Naim, Akmal Hakim, Syed Abu, Firdaus Som, Syafiq, Fathil, Zulhelmi, Ku Atif dan lain-lain lagi.Diharap tautan ukhwah antara kita akan berkekalan walaupun kita berjauhan.

Tidak lupa juga kepada penggerak-penggerak dakwah di bumi UIA PJ seperti Syahid, Zulkarnain, Syed Saufi, Hilmi, Bad, Nabil Marwan, Wan Hazwan, Zikrul, Syazrul Afiq, Sede, Syazwan, Syafiq, Anam, Rabbani, Najib, Hanif, Adam Syah, Firdaus, Asyraf, Syawal, Afiq, Zulikram, Zulamin, Azhar, Saiful, Syairazey, Amirul, Abdul Rahman, Rizman, Faiz Naim, dan lain-lain lagi(maaf jika tidak tulis, tak mampu mengingati semuanya dalam sekelip mata), teruskan usaha kalian memartabatkan Islam di bumi ini. InsyaAllah, kita akan berjumpa lagi. Jika tidak di dunia sini, mungkin di akhirat sana.

Kepada ikhwah-ikhwah baru di UIA PJ, teruskan perjuangan terdahulu. Setiap amal yang dilakukan pasti terdapat saham di akhirat kelak.

Dan juga kepada senior-senior saya seperti Barra', Hayyul, Zaid, El, Jibob, Fakrul, Imran, 'Imam Muda Masjid KIM'(Tak tahu namanya), Amin, Shahrul, dan lain-lain lagi, qudwah yang ditunjukkan oleh antum banyak mengajar ana untuk ana berusaha membaiki diri ini.

Juga kepada Mualim-Mualim di UIA PJ yang banyak memberi ilmu dan tunjuk ajar, tiap-tiap ilmu yang dicurah daripadamu akanku gunakan untuk mengharungi masa depan.

Doakan saya akan kekal di jalan ini sehingga hujung nyawa. Doakan saya agar sabar dan tabah mengharungi jalan ini. Doakan saya istiqamah dan tidak futur dari jalan ini.

Untuk mengetahui khabar terbaru daripada PEMBINA UIA PJ, layarilah laman web PEMBINA UIA PJ di www.pembinauiapj.wordpress.com.
Sekarang dah maju, ada laman web sendiri woo..ehehe..

~PEMBINA UIA PJ masa mula-mula dulu
(Dari kiri ke kanan: Hidayat, Dharma, Faiz, Aizat, Barra', Hayyul, Fikri. Tiada dalam gambar Eqwan dan Abqari)

Wassalam. .

Comments
3 Comments

3 komen:

da_freakerz 05 July, 2009 11:58  

kita bakal berjumpa kembali..hehe

Anonymous 13 July, 2009 00:16  

Allah, sayu dan hiba mengenang pengalaman yang menarik bersama..

Terharu..

T_T

Rindu anta..

Jumpa lagi..

danialarief 16 July, 2009 15:44  

kenangan terindah bersama pembina UIA PJ

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP