26 October 2010

Al-Akh As-Sem!

Berfikiran positif merupakan antara satu aspek yang penting dalam melaksanakan dakwah. Sebagai contoh, di dalam buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam tulisan Ustaz Fathi Yakan juga meletakkan keyakinan kepada masa depan Islam yang gemilang sebagai salah satu topik besar setanding dengan topik seperti akidah, ibadah dan lain-lain.

Cuba kita kecilkan sedikit skop positif kita. Kita lihat perkembangan Islam di sekeliling kita. Kita ambillah kampus UIA Gombak sebagai contoh. Katakan setiap semester, kita telah berjaya menarik seramai 10 orang masuk ke dalam sistem tarbiah. Dan katakan di kampus UIA ini, terdapat 6 jemaah yang melakukan kerja yang lebih kurang sama, dan hasilnya lahirlah 60 orang yang akan mengikuti tarbiah pada setiap semester. Ini menunjukkan dakwah Islam ini semakin berkembang, dari masa ke semasa.

Dalam masa yang sama, Manhaj Taghyir (Perubahan) yang kita yakini menyatakan yang kemenangan sesuatu kuasa dakwah itu akan berhasil setelah ia berjaya mentarbiah majoriti umat Islam di sesuatu kawasan. Ini merupakan manhaj perubahan yang kita yakini akan keberkesannya, bermula dari akar umbi, seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW semasa zaman dakwahnya di Mekah dan dituai hasilnya di bumi Madinah.

Berbalik kepada situasi di UIA tadi, jika satu semester seluruh jemaah dakwah berjaya menarik 60 orang mengikuti tarbiah, dengan jumlah seramai 15000 pelajar di UIA, kita memerlukan sebanyak 125 semester untuk berjaya mentarbiah lebih separuh daripada pelajar di UIA. Ya, masa bukan isunya. Memang jalan ini merupakan jalan yang panjang, dan hasilnya hanya dapat dilihat setelah berlalunya beberapa ketika.

Namun, dalam masa yang sama, jangan kita lupakan dakwah kepada kemungkaran yang juga berlansung di bumi UIA ini. Katakan, seramai 180 orang pelajar UIA akan terlibat dan berjinak dengan kemungkaran(arak, disko, zina, dll) pada setiap semester. Di akhir semester, akan terdapat 60 orang yang berjaya didakwah kepada kebaikan, dan 180 orang bejaya didakwah kepada kemungkaran. Ini memberi kita ratio 1:3, iaitu 1 kebaikan dan 3 kejahatan.

Jika keadaan ini berterusan, sampai bilakah manhaj perubahan yang kita yakini, iaitu mentarbiah majoriti umat di UIA ini akan berjaya? Jangan kita lupa, dakwah kepada kemungkaran lebih mudah dan digemari berbanding dengan dakwah-dakhwah kita. Jadi, di mana kemungkinan dan keyakinan kita bahawa masa depan Islam pasti gemilang?

Di sinilah pentingnya dakwah fardiah, iaitu dakwah kepada individu secara personal. Dalam buku Dakwah Fardiah, karya Syeikh Mustafa Masyur, beliau telah mengandaikan piramid keberkesanan dakwah fardiah seperti ini :

Jika diandaikan, seorang Daie berjaya menarik 2 orang Mad'u pada setiap tahun. Dan pada tahun berikutnya, 2 orang Mad'u tadi akan menjadi 2 orang Daie dan menghasilkan 3 orang Daie untuk tahun ke2.

(tahun pertama)   1 orang Daie =>2 Mad'u
(tahun ke2)   3 orang Daie => 6 orang Mad'u
(tahun ke3)   9 orang Daie => 18 orang Mad'u
(tahun ke4)   27 orang Daie => 54 orang Mad'u
(tahun ke5)   81 orang Daie => 162 orang Mad'u
. . . . . . . 
(tahun ke9) 6561 orang Daie => 13122 orang Mad'u
(tahun ke10) 19683 orang Daie => ? ? ? (kira sendiri....)

Subhanallah! Dan jika kita kaitkan dengan kehidupan di kampus, 2 Mad'u setahun bersamaan dengan seorang Mad'u untuk setiap semester.

Ini baru perkiraan jika dimulakan dengan seorang Daie. Jika lebih dari seorang Daie pada awal dakwah? InsyaAllah, tidak sampai 5 tahun, kita berjaya berdakwah kepada kebaikan melebihi jumlah dakwah kepada kemungkaran.

Ayuh ikhwah! Jika di zaman Ikhwan Muslimin dahulu mereka telah mengadakan suatu program yang disebut sebagai al-akh al-wahid (iaitu setiap anggota berjanji dan berusaha untuk mengajak satu orang anggota baru dalam satu tahun), seperti yang diceritakan oleh Syeikh Abbas as-Siisi dalam buku Bagaimana Menyentuh Hati, ayuh kita sahut perkiraan Syeikh Mustafa Masyur dan rancang program yang sama dengan tagline al-akh as-sem! Iaitu kita berjanji dan berusaha mengajak satu orang anggota baru dalam setiap semester.

InsyaAllah, hasilnya kita serahkan kepada Allah SWT untuk menentukkannya. Yang penting, kita terus berusaha kerana sunnatullah alam adalah siapa yang berusaha, dia pasti berjaya. Dan ingatlah, Allah SWT tidak hanya melihat kepada kejayaan kita, namun setiap usaha kita pasti diganjari oleh Allah SWT. Dan sebagai penutup, mari kita hayati sama-sama petikan kata yang sangat bermakna ini :

"Al-haq yang tidak disusun dengan baik akan dikalahkan oleh Al-batil yang tersusun baik"
(Saidina Ali b Abu Talib r.a.)
Hanya Gerhana, yakinlah dengan kebangkitan Islam
Wallahu'alam..

Comments
6 Comments

6 komen:

Umar Abdul Rashid 26 October, 2010 02:36  

Masya Allah, tulisan ini mengingatkan saya tentang kisah seorg dr & masyarakat org asli.

Wallahulmusta'an...

Nor Aizat Rahimi B Rostam Rahimi 26 October, 2010 02:49  

alamak, masalahnya saya tak tahu pun cerita seorang dr dan org asli tu..ceritalah sket en umar..

muhammad_alfateh 26 October, 2010 09:55  

Aizat ini engineer, maka bilangan dan nombor adalah permainannya di waktu senggang. Bagus Aizat, statistik yang realistik, membumi dan nyata jalan kerjanya.

Cuma, perincian terhadap cara bekerja itu juga perlu digariskan. Boleh jadi, seseorang itu sanggup pindah bilik supaya dapat tajmik sasaran tertentu.

Ataupun, ambil seksyen kuliah yang sama, supaya dapat mendekati si dia.

Ataupun, sanggup menghabis duit beli motor supaya dapat ziarah ramai orang dalam satu hari.

InchaAllah, you'll find the way~ ^_^

muhammad_alfateh 26 October, 2010 09:57  

satu lagi, menurut saya, tajuk anda agak kelakar, tapi masih REALISTIK dan MEMBUMI ^_^

Nor Aizat Rahimi B Rostam Rahimi 27 October, 2010 12:44  

Kelakar? kalau ana pakai semester dalam bahasa arab juga, xsampaila maksud dgn sekali pandang..

Dan tajuk yg sedikit pelik, kan mengundang persoalan, jadi org akan baca :)

Umar Abdul Rashid 31 October, 2010 00:38  

Kisahnya bermula apabila dr itu ditugaskan ke sebuah prkampungan org asli. Dr itu sampai ke kg itu dgn memakai kopiah tetapi ia tidak disukai penduduk kg. Lalu dia menanggalkannya krna apa yg lebih pntg adalah khidmatnya kpda masyarakat di situ.

Setelah beberapa lama tggl bersama, maka dr itu dapat mengislamkan sebahagian daripada mereka & dapat membina pondok yg dijadikan surau. Berkat kesabaran dr itu berbakti, hampir keseluruhan penduduk kg telah memeluk islam & mereka sudah memakai kopiah apabila ada acara keagamaan :)

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP