09 November 2010

Majulah Sahabat Mulia!

Allah SWT Maha Menguasai ke atas sesuatu. Dengan mudahnya, Allah SWT mengambil semula nyawa yang diberikanNya kepada seorang sahabat mulia, yang cekal berusaha mengislahkan suasana di tempatnya.

Seorang sahabat mulia yang sangat menyintai ilmu. Seorang sahabat mulia yang berpenat-lelah dengan pelbagai agenda di UniKL BMI demi untuk mengislahkan masyarakat di sana. Semoga dirimu berada di mendapat kerehatan yang abadi di sana sahabatku. InsyaAllah, kita akan bersua semula di suatu masa nanti. Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham Muhd Luqman Razali di tempat para pendokong agamaNya.

Pemergian Allahyarham Luqman bukanlah bermakna berakhir segalanya. Pemergiannya meninggalkan tangungjawab besar yang harus dipikul oleh kita, untuk meneruskan segala dakwah yang telah ditinggalkannya. Ayuh ikhwah! Kita gegarkan BMI dengan semangat dakwah Luqman. Ayuh!

Kehidupan bagaikan roda
Beribu zaman terus berputar
Namun satu tak akan pudar
Cahaya Allah tetap membahana

Majulah sahabat mulia
Berpisah bukan akhir segalanya
Lepas jiwa terbang mengangkasa
Cita kita tetap satu jua
Cita kita tetap satu jua

Walau raga meregang nyawa
Harta dunia tiada tersisa
Namun jiwa tetaplah satria
Takkan surut satu langkah jua

Debu - debu dan darah suci
Saksi nan tak terbantahkan lagi
Gunung lembah hutan dan samudra
Untuk Allah diatas segalanya

Tujuh awan bersuka ria
Sambut ruh suci menuju Rabbnya
Sahabat nantikan hadir kami
Kan menyusulmu sekejap lagi

Bidadari nan bermata jeli
Menyongsong dengan wajah berseri
Sahabat kami rela kau pergi
Jihad kita kan terus bersemi
Jalan ini takkan pernah henti

Lagu ; Untukmu Syuhada
Munsyid : Izzatul Islam

Comments
0 Comments

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP