Sukan Asia - Malaysia 3, China 0
Tiga kad merah. Sangat tidak boleh diterima akal melihat 3 pemain pasukan Malaysia dibuang padang semasa perlawanan ketiga Sukan Asia antara Malaysia dan China, tuan rumah Sukan Asia. Pengadil daripada Australia yang memberi tiga kad kuning 'lawak' kepada pemain Malaysia, sangatlah tidak adil.
Bayangkan, hampir keseluruhan pemain Malaysia mendapat kad kuning, namun yang ramai tercedera juga daripada pemain Malaysia sendiri. Sangat tidak boleh diterima!
Ya, inilah permainan bola sepak. Bola itu bulat kata orang. Namun pengadil yang tidak bulat juga mampu merosakkan suasana permainan tersebut.
Mungkin ini antara pengajaran yang boleh dikongsikan:
- Setiap manusia, tidak kira Muslim atau tidak, haruslah mempratikkan sikap adil. Bahkan seharusnya tangungjawab untuk menjadi adil itu terletak di setiap bahu Muslim. Berusahalah untuk bersikap adil seadil -adilnya.
- Setiap manusia, juga terutamanya orang Muslim hendaklah sentiasa bersabar dengan pelbagai cubaan dan dugaan. Kagum saya melihat K. Rajagobal tadi yang dilihat mengarahkan pemainnya untuk bertenang dan bersabar.
- Kuatkan tubuh badan kita, terutamanya seorang Muslim kerana tubuh yang sihat memberi akal yang cerdas.
- Ini khas untuk Muslim, tidak ada ruginya meninggalkan sekejap perlawanan secara lansung tadi untuk bersama-sama menunaikan solat Isya secara berjemaah di awal waktu. Hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit.
- Tidak ada salahnya kita memiliki sikap cintakan tanah air (patriotisme). Dalam Majmu' Rasail, di bahagian Dakwah Kita - Pendirian Kita Terhadap Aliran Fahaman Lain, Imam Hasan al-Banna juga tidak membantah semangat patriotisme asalkan yang bersempadankan akidah Islam.