03 March 2012

Pemuda adalah Revolusioner

Jika diimbau kembali jalur perjuangan ummat ini, kita akan mendapati, pembukaan-pembukaan (futuhat) yang berlaku dikepalai  oleh pemuda, revolusi-revolusi di Timur Tengah seperti di Tunisia, Mesir, Libya dan Syria juga dicetuskan oleh pemuda. Pemuda bertindak sebagai agen pencetus revolusi dan perubahan. Beginilah bernilainya semangat, keazaman, kudrat dan keinginan seorang pemuda.  


Ramai yang menyentuh isu kegopohan dan kurang matang anak muda  dalam bertindak ke atas sesuatu perkara dan isu.  Semua ini tidaklah, melainkan peringatan-peringatan berharga kepada pemuda yang  merupakan tenaga majoriti  yang menggerakkan perjuangan ini.  

Sultan Muhammad al-Fatih, beliau bukanlah si gopoh dalam membuka Konstantinopel, semata-mata untuk membenarkan hadis Nabi s.a.w:

 “..Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”                      
   (Hadis riwayat Imam Ahmad). 

Malahan beliau adalah seorang pemuda yang dididik untuk bersabar dalam ditarbiyah dan dibentuk semasa kecilnya hinggalah beliau bersedia dalam  memimpin negara. Seperti yang diungka dalam serangkap nasyid Arab;

“Sabru Al-Rijal wa Himmatul Abtal"
Kesabaran Seorang Pemuda dan  Himmah Seorang  Perwira

Rubi’e Bin Amir,  lihatlah bagaimana kata-kata beliau seorang tentera biasa ketika mana berdepan dengan Rustum, Panglima Rom di Parsi :

 Allah mendatangkan kami bagi mengeluarkan hamba-hamba (manusia-manusia) dari menjadi hamba kepada hamba (manusia) supaya menjadi hamba kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Dari kesempitan dunia kepada dunia yang lebih luas. Dari kezaliman beragama kepada keadilan Islam. Maka kami diutus dengan agama Allah kepada mahluk Nya untuk menyeru mereka kepada Allah. Maka barangsiapa yang menerima, kami menerima mereka dan tinggalah mereka di tanah air mereka dan siapapun yang enggan kami perangi sehinggalah kamu menerima seruan Allah yang dijanjikan (dengan ikrar).” 

Dapat kita amati, begitulah besarnya himmah dan izzah para pemuda yang mengubah dunia. Perlu kita sedari disebalik pencapaian dan  perubahan yang telah dibawa oleh pemuda-pemuda Islam sebelumnya, terdapat nilai kesabaran dalam tindakan dan penilaian. Malahan nilai-nilai ini tidak memadamkan ke”gopohan” mereka dalam membentuk impian yang tinggi dalam jiwa mereka.
 
Sesungguhnya, penting bagi seorang pemuda yang menggerakkan da’wah ini menyedari bahawa dirinya adalah revolusioner yang membawa perubahan kepada bumi Allah ini. Mengubah perhambaan manusia kepada manusia, kepada perhambaan manusia secara total kepada Allah s.w.t.  Mereka juga merupakan revolusioner yang menjadi agen perubahan kepada keluarga, rakan-rakan, masyarakat dan negara.

Perlulah bagi seorang revolusioner untuk mengambil Islam sebagai satu-satunya rujukan dan pegangan dan tidak menjadikan Islam semata-mata tempelan pada fikrah mereka. Penting bagi mereka untuk menyediakan diri dengan Tarbiyah Islamiyah dan bersabar dalam ditarbiyyah, kerana hanya revolusioner yang matang dan bersedia dapat memenangkan agenda Islam di dunia ini.

Comments
0 Comments

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP