Ikhwah Tidak Sihat?
Ikhwah semua faham, salah satu daripada Muwasofat Tarbiyah adalah 'Qawiyyul a'la Jism', yang bermaksud kuat tubuh badan. Ikhwah juga memahami bahawa tubuh badan yang kuat lebih dicintai oleh Allah SWT berbanding tubuh badan yang lemah.
Ikhwah juga meyakini bahawa ikhwah harus mempunyai tubuh badan yang kuat, yang penuh bertenaga, berstamina, sedia berkhidmat bila-bila sahaja. Gantung banner, edarkan flyers, tampal poster, tidur lewat, dan lain-lain aktiviti yang dilakukan ikhwah memang memerlukan tubuh badan ikhwah yang sihat, yang bertenaga.
Namun, realitinya bagaimana?
Ada ikhwah yang hanya riadah seminggu sekali. Itupun riadah jama'ie yang Mas'ul suruh datang. (Itupun kalau turun)
Ada ikhwah yang belum apa-apa, dah berperut buncit.(Konon banyak mad'u, hati gembira)
Ada ikhwah yang masih muda, tetapi sudah lemah tak bertenaga setiap kali lepas habis sesuatu program. (Letih, berehat dulu sebelum program lain)
Ada mad'u yang bosan beriadah dengan ikhwah, kerana bosan ikhwah bersukan tak 'power'. (Gelak sahaja yang lebih)
Jika keadaan ini berterusan, tarbiah yang kita lalui bukan sahaja akan melahirkan rijal-rijal yang berhati lembut (kerana basahnya iman dan ukhuwah), tetapi juga mempunyai tubuh badan yang lembut.
Ini adalah antara perkara penting yang sedang diperbualkan oleh kami di UIAM. Sehingga ada cadangan supaya ikhwah menunjukkan qudwah dengan berjogging keliling UIAM di bulan Ramadhan nanti. Tunjukkan pada masyarakat bahawa Ramadhan adalah bulan melatih, bukan beralasankan letih.
Saya sebelum ini antara yang selalu berkata, "Jika ikhwah ada mukhayyam, akhowat pun ada. Jika ikhwah ada rehlah, akhowat pun ada. Bahkan akhowat ada program-program khusus yang bersifat keakhowatan. Jadi ikhwah perlu untuk pergi jauh dalam bidang yang akhowat tak mampu buat, iaitu kuatkan tubuh badan sekuatnya. Kerana memang fitrah lelaki telah diberi kelebihan dalam kekuatan."
Tetapi realiti? Kadang-kadang nak bangun pagi beriadah pun ikhwah tak 'larat'. Apatah lagi nak pergi berjihad.
Owh, mari ikhwah, kuatkan tubuh badan kita. Kembalikan tubuh badan ideal (sihat bertenaga) ke dalam diri kita semua. Mari bersama saya.
Antara contoh teladan ikhwah beriadah. (sekadar gambar hiasan) |