29 July 2012

Prioriti Seorang 'Pendakwah'

Sungguh, jalan dakwah yang dipilih oleh manusia-manusia pilihan ini bukan merupakan satu jalan yang mudah. Di sana, pasti akan ada pengorbanan yang harus dilakukan dan pasti akan dibalas dengan setimpal oleh Allah SWT.

Baik, itu muqadimah. Saja bagi basah sikit.

Antara perkara yang ada dibualkan oleh kami sesama ikhwah adalah tentang hal hidup sesama ikhwah. Ada kepelikan yang berlaku apabila melihat beberapa situasi yang ada di sekeliling kami (termasuk kami sendiri).

Ikhwah faham dan jelas tentang kepentingan untuk beramal demi agama Islam, dan keperluan untuk membuat sebaik-baik amalan. Namun yang menjadi persoalan adalah apabila ikhwah diuji dengan ujian untuk merealitikan kefahaman-kefahaman ini.

Terdapat di kalangan penggerak dakwah (kampus terutamanya), yang memberi alasan-alasan setiap kali tidak dapat hadir atau terlibat dalam sesuatu amal. Alasan-alasan itu kelihatannya seperti logik, tetapi setelah diteliliti, ternyatalah masalahnya bukan sebab kepada alasan itu, tetapi merupakan masalah ketidakbolehupayaan ikhwah memberi dan membezakan PRIORITI.

Contoh, ada seorang makhluk, bernama Karim (bukan nama sebenar). Beliau telah set untuk ke mesyuarat 'Persatuan Pembaca Surat Khabar' pada malam ini. Tiba-tiba datang satu panggilan ke mesyuarat lain (persatuan lain), dan dengan tenangnya dia boleh menjawab, "Maaf dah janji untuk pergi mesyuarat 'Persatuan Pembaca Surat Khabar' ."

Tapi, bila berlakunya pertembungan antara program tarbiah (daurah, perkongsian, meeting etc), perkara sebaliknya berlaku. Jika program tarbiah telah diset dahulu, dan tiba-tiba ada mesyuarat lain muncul, dengan selambanya beliau menjawab, "Maaf akh, ana ada meeting yang penting untuk pergi."

Saya terfikir, adakah ada di sana program yang tidak penting? SEMUAnya penting. Percayalah. InsyaAllah di post lain akan saya tuliskan tentang "Apa Ertinya Saya Pergi Program" untuk menunjukkan kepentingan ikhwah ke program-program yang disusun oleh pihak tarbiah mahupun organisasi.

Ada juga contoh, yang ikhwah tidak dapat hadir lebih awal untuk turun tajmi' pelajar baru, macam-macam alasan logik yang kita dapat dengar. (jauh, luang masa bersama ibubapa, ibubapa tak bagi datang awal dll.) Namun jika ikhwah terbabit menjadi ahli jawatankuasa sambutan pelajar baru, boleh sahaja untuk datang awal ke kampus. Mudah sahaja mendapat kebenaran ibubapa.

Tentukan PRIORITI anda sebaiknya. Jawapannya mudah, anda sendiri mengetahuinya.
Ada juga yang tak boleh datang dari rumah waktu cuti untuk ke program, jauh. Tapi takda masalah untuk kumpul reunion dengan kawan-kawan sekolah lama di tempat yang lagi jauh, dalam waktu cuti yang sama. Apakah? ?

Ikhwah, kesimpulannya, semuanya terletak kepada sejauh mana kita meletak agenda dakwah dan tarbiah sebagai PRIORITI dalam hidup kita. Jika kita hanya mengikut dan bersama dengan dakwah dan tarbiah ini bila masa kita mudah, dan senang, kita sebenarnya masih belum menyerahkan jiwa raga untuk agenda yang besar ini.

Jom sama-sama berusaha, sedikit demi sedikit, untuk meletakkan agenda Islam ini sebagai perkara terpenting dan merupakan PRIORITI terpenting sekali dalam kehidupan kita.

~ Nasihat ini terutamanya untuk diri saya sendiri.

Bacaan tambahan, Fiqh Awlawiyat dalam dakwah dan amal Islam :

Comments
2 Comments

2 komen:

Anonymous 29 July, 2012 18:40  

iiiiitulah.

kalau balik kampung, beramal di kampung ok juga kan.

macam, orang KL balik KL, amal dekat KL pown molek dah.

Oh, Priority...

;)

Nor Aizat Rahimi B Rostam Rahimi 29 July, 2012 19:36  

balik KL pun, insyaAllah amal kt Gombak tak putus. seperti ramai je ikh yg duduk ampang tapi amalnya di Gombak.

takpa akh, kita tunggu ISMA Ampang ja. hah

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP