02 August 2012

Apa Ertinya Saya Pergi Program?

Program! Program! Program! Tak habis-habis dengan program. Minggu lepas ada rehlah, minggu ni ada qiamullail, dalam tengah minggu ada kuliah. Bersama dengan satu gerakan yang berusaha untuk mengislahkan masyarakat, anda tidak dapat lari daripada program-program yang banyak yang telah disusun untuk memenuhi segala keperluan masyarakat.

Menjadi isu di mana pendakwah-pendakwah ini mula merasakan bahawa program yang disusun bukan lagi satu kepentingan kepada dirinya, dan dirasakan tidak memberi manfaat kepada dirinya. Juga selalu terjadi di mana ikhwah yang tidak terlibat secara lansung dalam mengadakan program terbabit (jadi AJK, atau lain-lain), tidak merasakan kepentingan untuk sama hadir dalam program yang telah disusun itu.

Sebelum ini saya pernah menyatakan bahawa semua program itu penting kepada kita. Tidak percaya? Jom kita tengok sebab-sebabnya.

1. Peluang Mendapatkan Ilmu

Setiap program yang disusun pasti memberi ilmu baru kepada ikhwah sendiri. Program seperti Kuliah, Seminar, Kursus, Konvensyen dan sebagainya adalah satu medan untuk kita meningkatkan pengetahuan ilmu kita. Seharusnya, walaubagaimanapun kesibukan kita dalam menguruskan program, kita harus sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan ilmu-ilmu yang diberikan dalam setiap program yang berlansung.

Program Ramadhan Indulgence anjuran PEMBINA UIAM yang penuh dengan ilmu bermanfaat,
Bukankah seharusnya setiap ikhwah itu dahagakan kepada majlis ilmu dan segala ilmu-ilmunya?

Ada sebab untuk rasa program tiada memberi manfaat?

2. Medan Membawa Mad'u

Seharunya program yang disusun dengan sangat menarik itu dijadikan sebagai medan untuk membawa dan mendekatkan mad'u-mad'u kita kepada suasana yang baik. Seharunsnya ikhwah menjadikan program itu sebagai tempat untuk mendekatkan mad'u kepada fikrah kita, disamping mendedahkan mad'u kepada ikhwah-ikhwah lain yang turut sama datang ke program tersebut.

Sebagai seorang Muslim yang jelas tuntutan dakwah, kita mengadakan program adalah berasaskan kepada kefahaman ini., untuk membawa dan memberi peluang kepada mad'u dalam skala yang ramai untuk dibawa mendekati dan memahami agama Islam ini, dengan cara membawanya ke program yang penuh ilmu dan bermanfaat itu. Jadi seharusnya program menjadi medan dakwah kita secara terbuka kepada mad'u-mad'u kita.

Ada sebab untuk rasa program tiada memberi manfaat?

3. Bantuan Kepada Ikhwah Lain

Kedatangan ikhwah ke program pasti akan membantu ikhwah lain yang sedang menganjurkan program. Pasti ikhwah yang jelas tentang perkara ini akan sama membantu meringankan tanggungjawab ikhwah lain yang sibuk menganjurkan program. Tidak percaya? Mudah sahaja. Setiap kali datang ke program, bantulah dengan cara tolong angkat kerusi, padamkan papan hitam, susun meja, bersihkan tempat program dan lain-lain lagi. Anda pasti berpengalaman apabila diminta oleh ikhwah lain untuk membantu secara tiba-tiba seperti angkat barang dan lain-lain.

Bukankah kita diajar untuk saling tolong-menolong sesama kita? Ini merupakan medan amal kepada ikhwah untuk merealitikan sifat tolong-menolong kepada ikhwah lain yang sibuk menguruskan program itu.

Ada sebab untuk rasa program tiada memberi manfaat?

4. Medan Tajmi' Umum

Setiap kali kita mengadakan program yang bersifat terbuka, pasti akan datang muka-muka baru yang berminat untuk mendengar dan mengambi ilmu daripada program yang dianjurkan. Dikalamana ikhwah penganjur sibuk menguruskan perjalanan program, di situlah terletaknya peranan ikhwah-ikhwah yang tidak menganjurkan program untuk mendekati mad'u-mad' baru ini dan berkenalan dengan mereka.

Sememangnya objektif untuk menganjurkan program terbuka adalah untuk mendapatkan takungan baru, dan di situlah pentingnya ikhwah untuk sentiasa menyambut kedatangan mereka dengan sambutan yang mesra, baik daripada segi penganjuran mahupun akhlak ikhwah-ikhwah lain yang hadir sama dalam program tersebut.

Ada sebab untuk rasa program tiada memberi manfaat?

5. Memberi Pendangan Baik Kepada Umum

Kalaulah ikhwah tak dapat ilmu apa-apa daripada program (sebab dah tahu ilmu tentang tajuk itu), juga tiada mad'u nak dibawa, juga takda tenaga nak tolong ikhwah lain (logik ke?), juga tak reti nak raikan takungan umum yang datang, ikhwah perlu tahu, bahwa kedatangan ikhwah  (yang membatu) ke program itu sedang membantu dakwah dengan memberik pandangan yang baik kepada umum.

Contoh, kalau ada program, 3 orang sahaja audiens yang datang, pasti orang yang datang melihat program itu akan merasa untuk balik semula sebab melihatkan suasana program yang hambar dan tiada sambutan. Tetapi jika semua ikhwah turun ke program itu(80 orang), walaupun program tersebut berskal ala kadar sahaja, tapi kesan ramainya audiens yang hadir program tersebut pasti akan membuatkan orang tertarik untuk mengetahui apa yang berlaku dalam program itu.

Tertarik baik dari segi untuk bersama dalam program itu, ataupun apabila gambar-gambar program yang penuh dengan orang itu diupload ke website dan FB, pasti akan membuatkan orang tertarik dan teringin untuk bersama.

Jadi, ada sebab untuk rasa program tiada memberi manfaat?

PEMBINA komited dengan menawarkan program-program yang bermanfaat, Atas kita sahaja nak pergi atau tidak.
(Gambar daripada FB PEMBINA)
Ikhwah, perhatikan baik-baik. Pasti setiap perkara yang kita lakukan itu bermanfaat. Pasti setiap perkara yang disusun itu memberikan manfaat. Bukankah kita diseru untuk menjadikan seluruh kehidupan kita sebagai ibadah kepada Allah SWT? Dan bukankah kita juga yang berjanji bahawa hidup mati kita hanya untuk Tuhan sekalian alam, Allah SWT?

Jom pergi program!

~ Maaf, penulisan tidak berapa baik. Agak tergesa-gesa untuk menyiapkan dengan cepat, melihatkan kepada perlunya tulisan ini untuk kefahaman kita semua.

Comments
4 Comments

4 komen:

Hafizi Azmi 02 August, 2012 15:24  

satu lagi artikel berinformasi drpd akhi Aizat.. mabrukk.. jazakallah akh atas nasihat2 ni.. ^^

cahaya keharumanku 02 August, 2012 18:13  

maaf nk tnya, program yg dlm gambar tu mmg akhwat ngn ikhwah boleh duduk camtu ea? nape xbuat row ikhwah duk depan n akhawat kt blkg? lagi selesa kot..huu afwan

Abu Yasir 02 August, 2012 18:59  

Sampai bila akhawat didiskriminasikan untuk duduk di blkg setiap kali program. Walhal ilmu itu patut dikejar dan digapai sebaik mgkn dgn duduk di barisan paling hadapan.

Jika berterusan nanti akhawat akan sentiasa ketinggalan. Lihatlah dlm kuliah akademik yg biasa. Yg bkn akhawat akan berlumba duduk depan, tanya soalan dan berinteraksi dgn lecturer tp akhawat yg ikut tarbiyah? Diceruk blkg skali sehingga bila suara penceramah tak kuat, maka dia hanya dpt pahala majlis ilmu sdgkn yg duduk dihadapan akan dpt segala mutiara drpd pensyarah.

Maaf terlalu straight fwd. Mgkn aizat blh tls selanjutnya

cahaya keharumanku 07 August, 2012 04:35  

benar..tapi ilmu itu drpd Allah n akan sampai n lekat pada org2 yg Allah tentukan..kalau duduk depan boleh jamin semua ilmu dapat pada dia, knape ramai yg boleh tidur dlm kelas wlpun duk depan? maaf juga sbb straight 4wd..kalau semua boleh jaga pandangn jika duduk dkat2 mcm tu, terpulanglah..sy cuma bg pandagn seorg pelajar uia yg pakai niqab n lagi selesa duduk di blkg..ilmu itu milik Allah n dari Allah..akan sampai pada orang2 yg ikhlas mencari..afwan

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP