30 November 2012

Apa Erti Saya Bersama PEMBINA

Ini sebuah kisah. Tentang 'dia'. Boleh jadi betul, boleh jadi fiksyen sahaja. Bermula dari tiada apa-apa, cuba memberi kepada manusia sekitarnya. Moga bermanfaat. Saya sangat berharap benda ni dapat memberi penjelasan terhadap tugas asasi pendakwah, kenapa kita bergerak bersama PEMBINA, dan mengapa kita kekal di sini dan bergerak begini.

(BAHAGIAN A)

1. Dia hidup macam orang biasa, bergembira, berseronok, tujuan hidup hanya nak puaskan diri sendiri. Bermain, berhibur, berkawan dan semuanya.

  
(BAHAGIAN B)

1. Dia mula sedar, hidup ini bukan segalanya. Adanya hari pembalasan, adanya dosa pahala, dan adanya Allah untuk dia cintai. Dia mula sedar. Selama ini hidupnya bertuhankan nafsu. Dia cuba untuk berubah, mula jaga solat, solat jemaah, belajar baca Quran, mula puasa sunat, dll. 

 
2. Ilmu yang ada tak cukup. Dia mula mencari majlis-majlis ilmu. Ceramah di masjid, taalim di kuliah, pengajian di kelas semuanya dia pergi untuk tambah pemahaman dia terhadap Islam. Ada usrah, pun Dia join jugak. Nak tambah ilmu katakan. Sifat ingin lebih baik membuat dia tahu bertapa pentingya untuk bersama dalam majlis-majlis ilmu.

3. Dia mula rasa seronok. Dia mula rasa perasaan yang seronok ni kena dikongsi dengan kawan-kawan lain. Dia mula ajak kawan-kawan solat jemaah, ajak ke usrah sama-sama. Kongsikan perasaan seronok jadi seorang Muslim ni dengan kawan lain. Ajak kawan-kawan pergi dengar ceramah, pergi dengar taalim. Memang best bila ada kawan sama-sama dia! Bahkan kawan-kawan satu usrah dengan dia banyak membantu dia untuk ajak kawan lain.

4. Dia dah ada kawan-kawan yang bersama dia. Lalu mereka rancang pula macam mana nak ajak kawan lain rasa benda sama yang mereka rasa. Mereka mula plan sama-sama. Mula bahagikan kawan-kawan lain sesama sendiri. Dia ajak kawan A, kawan dia ajak kawan B, yang lain pula ajak kawan lain. Memang best. Saling bantu-membantu. Dengan niat nak sebarkan lagi keseronokan ini.

5. Dah mula ada kumpulan dengan kawan-kawan, mereka mula rancang nak susun lagi kemas lagi kumpulan mereka. Mereka lantik sorang ketua, sorang Setiausah untuk mencatat, Bendahari untuk jaga duit, ada yang jaga biro ini dan itu. Dan akhinya mereka gelarkan kumpulan mereka sebagai HUD-HUD (bukan nama sebenar).

(BAHAGIAN C)
1. Mereka sedar, nak lebih kemas mengajak kawan-kawan, mereka kena aturkan program yang menarik. Ceramah, sukan, perkhemahan, jaulah dan segala macam aktiviti mereka rancang sebaiknya untuk menarik minat kawan-kawan lain join sama. Walau perasaan takut ada (sebab buat program secara illegal), tapi mereka teruskan juga sebab tahu pentingnya ada program ini untuk sebarkan Islam pada kawan-kawan lain.

2. Makin lama, mereka makin sedar. Bukan mereka sahaja yang mengajak kawan-kawan. Orang lain pun ada sama. Bahkan ada orang lain yang mengajak kawan-kawan melakukan perkara kejahatan. Tambahan lagi, ajakan kepada kejahatan ini lebih menarik, lebih komersial. Mereka perlu sedar, mereka juga perlu mengkomersialkan HUD-HUD. Mereka mula buat risalah, mula buat poster, mula buat program umum untuk mempromosikan HUD-HUD pada kawan lain. Mereka tahu mereka kena bersaing dengan orang lain yang ajak kawan mereka kepada kejahatan. 

3. Untuk lebih kormesial, mereka mula terfikir untuk mengemaskinikan lagi kumpulan HUD-HUD. Mereka daftarkan kumpulan mereka di kawasan mereka. Sebab mereka yakin, bila berdaftar nanti, peluang untuk sebarkan nama HUD-HUD (untuk tujuan kebaikan) dan nak ajak kawan-kawan join program lagi senang (sebab dah berdatar, tak perlu buat sambil takut-takut lagi). Mereka mula atur langkah. Habis semua watak dijumpai, semua watak dibawa berbincang. Dan akhirnya, Alhamdulillah, HUD-HUD diterima berdaftar di kawasan mereka.

(BAHAGIAN D)

1. Lepas dah daftar, mereka makin rancak. Program makin menarik, takungan makin banyak. Sedang seronok bergerak, mereka mula sedar, kumpulan yang ajak pada kejahatan juga banyak. Bahkan ada yang sedang memimpin rakan-rakan mereka. Kumpulan HUD-HUD mula sedar, mahu atau tidak, suka atau tidak, HUD-HUD perlu lebih kedepan. HUD-HUD perlu mengambil peranan meneraju arus kawan-kawan mereka. HUD-HUD perlu lebih menonjol dan HUD-HUD lah yang patut membimbing seluruh rakan-rakan di kawasan mereka. HUD-HUD mula mengatur langkah, dengan motto mereka, 'Meneraju Arus Kawan-Kawan di Kawasan Mereka'.

2. HUD-HUD juga sedar, bahawa kumpulan yang menyeru pada kejahatan ini juga sangat tersusun. HUD-HUD sedar yang mereka perlu mendedahkan konspirasi dan segala perancangan yang dibuat oleh kumpulan yang menyeru pada kejahatan ini. HUD-HUD tahu, jika bukan mereka melakukannya, kawan-kawan mereka pasti berada dalam keadaan bahaya. Lantas dijelajahkan oleh HUD-HUD dalam usaha menjelaskan kawan-kawan mereka bahayanya kumpulan yang menyeru pada kejahatan ini.

------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Seketika, 'dia' kembali terfikir. Walau sejauh mana dia kedepan, sejauh mana dia membawa HUD-HUD, dia teringat dan harus sentiasa ingat niat asal dia berada di jalan ini.
  • untuk perbaiki diri, tambah ilmu, bersama HUD-HUD banyak peluang tambah ilmu yang dia dapat
  • ajak kawan-kawan rasa keseronokan Iman & Islam. Dia takkan lupa, inilah punca segalanya
  • dia tahu yang tugas ni tidak boleh dibuat secara berseorangan, dia ingat yang dia join kawan-kawan yang juga ingin kongsikan keseronokan ini pada kawan lain
  • tahu yang mereka kena buat kerja dengan kemas. Bukan kerja ramai-ramai ala kadar saja
  • promosi kebaikan secara meluas. HUD-HUD harus dipromosikan dalam usaha meninggikan bendera kebaikan
  • rasmikan HUD-HUD untuk elakkan fitnah
  • banteras dan halang ruang-ruang untuk kumpulan jahat sebar pengaruh jahat mereka pada kawan-kawan 
Dia sedar, tugas dia makin banyak. Semua benda ni kena jalan serentak. Tidak boleh untuk tinggalkan mana-mana satu aspek pun. Dan dia tahu, kedepan, banyak lagi kerja yang dia perlu lakukan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ikhwah sekalian,
Anggaplah 'dia' dalam cerita ini sebagai diri kita sendiri. Mulalah dari manapun watak dia ini (dari seorang yang memang tak faham Islam, atau dari seorang yang dah mula ikut usrah, atau apa saja). Dan gantikanlah HUD-HUD dengan persatuan (jemaah) yang sedang kita bawa, sedang kita gerakkan, PEMBINA. Masukkanlah watak-watak lain dengan watak-watak yang berada di sekeliling kita, dari awal kita mengikuti tarbiah hingga sekarang.

Moga-moga kita jelas, siapa kita, apa niat dan tujuan asal kita, lihat sebentar ke belakang, moga ada pengajaran yang dapat kita ambil manfaatnya. 
Meneraju Arus Mahasiswa,

Wallahu'alam. . .

Comments
0 Comments

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP