Orang Muda Yang Bersemangat Tua
Hidup ini memang mencabar. Orang yang bercakap, tak seperti orang yang melaluinya. Orang yang berteori, tak sama dengan orang yang menghadapinya. Itu sebab orang selalu kata, pengalaman merupakan ilmu yang paling berharga sekali dalam hidup. Pengalaman tak boleh didapati di kelas-kelas pengajian, dalam buku-buku mahupun di alam maya. Pengalaman perlu dicari dan ditempuh.
Orang muda sinonim dengan kurang pengalaman. Orang tak muda (bukan tua) sinonim dengan banyak pengalamannya, katanya dah lagi banyak makan garam. Dan sebaliknya, orang muda sinonim dengan semangat mudanya, manakala tidak kedengaran orang tua dengan semangat tuanya, kerana jarang kita mendengar istilah semangat tua.
Orang muda sinonim dengan kurang pengalaman. Orang tak muda (bukan tua) sinonim dengan banyak pengalamannya, katanya dah lagi banyak makan garam. Dan sebaliknya, orang muda sinonim dengan semangat mudanya, manakala tidak kedengaran orang tua dengan semangat tuanya, kerana jarang kita mendengar istilah semangat tua.
As-Syahid Imam Hasan al-Banna mengutamakan pembentukan pemuda dalam dakwahnya. |
Orang tua tidak boleh membunuh idealistikan orang muda, manakala orang muda tidak boleh tidak, harus melalui saluran yang betul dengan meminta pendapat orang tua dalam mengemaskan idea-ideanya.
Realitinya, ada di kalangan orang muda sekarang yang hanya diam dan menunggu arahan. Tidak lansung menggunakan jiwa dan semangat mudanya untuk memberi idea dan penambahbaikkan untuk dakwah. Bahkan ada di kalangan mereka yang yakin dengan pendirian mereka ini yang kononnya sebagai tidak 'isti'jal' (tergesa-gesa).
Orang muda harus penuh dengan semangat dan idea, dan dipandu segalanya dengan kehikmahan dan pengalamana golongan yang berpengalaman.
Ustaz Abdullah Zaik, beberapa kali mengingatkan bahawa beliau tidak risau dengan kesalahan yang dilakukan oleh orang muda, tapi lebih risaukan orang muda yang tak buat apa-apa kerana takut melakukan kesalahan.
- Gunakan masa muda sehabisnya untuk ummah dan dakwah. Yakinlah, moga bila ditanya di akhirat kelak apa yang dihabiskan dengan masa muda kita, jawapan kita baik insyaAllah.
- Perahlah idea mudamu. Orang muda haruslah menyumbang sama dengan idea-idea yang lebih segar dan bernas demi kemaslahatan dakwah. Jangan hanya menunggu arahan saja tanpa bersama memberi pandangan.
- Berdampinglah dengan orang yang lebih berpengalaman. Jangan biarkan semangat muda menguasai pemikiran, salurkan semua idea dan semangat dengan berbincang dengan mereka yang lebih berpengalaman.
"Hikmah Asy-Syuyukh wa Hamasah Asy-Syabab"
(Hikmah para Veteran dan semangat para Belia)
* saya juga orang muda, masih sedang belajar dan banyak kali buat salah. Bahkan boleh jadi apa yang saya tulis di atas penuh dengan kesalahan. Jika ada,sila terus tegur secara umum (sebab saya tulis juga untuk umum). Terima kasih.