Islam Dan Malaysia
Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini merupakan salah satu dari hari-hari terawal saya sebagai seorang pelajar yang sedang bercuti. Saya ulangi, yang sedang bercuti. Cuti dari belajar merupakan sauatu keseronokan namun ianya boleh menjuruskan kita kepada suatu tahap kebosanan yang maksima jika tidak diuruskan dengan sebaiknya.
Saya bukannya hendak menceritakan tentang apa yang saya lakukan pada hari ini. Namun yang hendak saya kongsikan adalah tentang apa yang saya lakukan pada hari ini. Tak faham?? Tidak mengapa, baca lagi tentu anda akan faham.
Di kala waktu pagi tadi, dalam tahap kebosanan yang terlampau di rumah atok saya yang tercinta, dengan jayanya saya berjaya melihat sedikit daripada sedutan sebuah filem baru di tanah air yang bertajuk Syurga Cinta. Ya! Syurga Cinta filem lakonan artis bertudung meletup masakini Heliza disamping Haziq Tom Tom Bak.
Bukan masalah artisnya yang hendak saya ketengahkan, namun filem itu sendiri yang macam bermasalah. Menurut penerbitnya, filem ini merupakan satu filem dakwah. Ya, saya tidak nafikan andanya unsur-unsur pengajaran dalam filem ini. Contohnya, bagaimana Heliza menjaga dirinya dari bercinta selagi belum masanya. Cintanya kononnya bukan untuk dipermainkan namun hanyalah untuk seseorang yang layak menjadi suaminya sahaja. Ya, bukankah ini merupakan satu pengajaran positif yang bagus untuk diketengahkan kepada gadis-gadis Islam di luar
Namun, masalahnya ialah adegan di kelab malam, di mana pelakon lelakinya, dengan tenang mendukung seorang perempuan yang hanya berskirt, adegan di kamar tidur, dan lain lagi. Dengan aksi-aksi yang tidak bermoral(kononnya nak nampak real) ini, layakkah filem ini dikategorikan sebagai sebuah filem dakwah??
Anda tentukan, saya hanya menyokong jawapan anda.
Seterusnya, yang paling menarik sekali ialah sebuah berita(macam salah penjodoh bilangan je) yang saya baca di mukasaurat 3 akhbar Utusan
Yang hendak saya kongsi ialah tentang berita ini:
KERJASAMA PROMOSI PAKAIAN ISLAM
Katanya dengan langkah itu, secara tidak lansung ia meningkatkan pengetahuan orang Barat tentang Islam melalui dunia fesyen.
“Kita mahu orang Barat menyedari bahawa Islam itu luas termasuk menerusi dunia fesyen yang mempunyai pelbagai rekaan yang dicetuskan namun masih dengan konsep menutup aurat,” katanya.. .. .
Sekarang, saya mahu anda semua tetapkan akal fikiran anda cara penutupan aurat bagi gadis masyarakat Melayu Islam di Malaysia sekarang. Maksudnya, lupakan sekejap kewajipan menutup dada, memakai lengan panjang, memakai stokin dan lain-lain lagi yang selalunya gadis-gadis kita tidak endahkan. Sudah dapat? Ya, itulah antara fesyen busana muslim yang mungkin akan dipromosikan sebagai pakaian wanita Islam di Barat. Tetapi, yang paling menyeronokkan, puan yang bercakap inipun tidak menepati ciri-ciri busana muslim yang hendak dipromosikannya serata dunia. Aik? Pelik
Macam ibu ketam mengajar anaknya jalan lurus, anaknya hanya mampu jalan senget, tapi ibunya lagilah, jatuh terlentang tak berjalan-jalan.
Huh, itulah situasi di Malaysia sekarang. Untuk pengunjug blog saya yang sedang berada di luar Negara, saya ulangi, inilah situasi di negara kita sekarang. Semua orang sekarang hendak bercakap tentang Islam. Ya, tidak saya nafikan ia merupakan satu keadaan yang bagus berbanding tahun 60an dahulu. Namun masalahnya pabila orang yang ‘macam-macam’ berbicara tentang Islam.
Mungkin banyak orang yang hendak dengar tentang Islam, namun kalau golongan begini yang mereka jumpa, macam manalah Islam di negara kita 20 tahun lagi??
Hmm…memang macam-macam ada…
Jadi, untuk kita-kita yang yakin bahawa Islam itu pasti cemerlang, gemilang dan terbilang suatu hari nanti, marilah kita sedaya upaya berusaha ke arah memartabatkan Islam yang sebenar di muka bumi kita ini!! Teruskan usaha kalian untuk memastikan Islam yang syumul sampai kepada seluruh masyarakat manusia.
~Islam bukan sekadar dalam kad pengenalan
Wassalam…